Skip to content

10 STAIL TERBAIK SELEBRITI DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM VENICE 2023

10 STAIL TERBAIK SELEBRITI DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM VENICE 2023

Kongsikan artikel ini

Dengan mogok SAG-AFTRA yang masih berjalan, Festival Filem Venice 2023 tampil sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Berlangsung dari 30 Ogos hingga 9 September, acara tahun ini dilihat kurang meriah. Ramai selebriti terkenal tidak muncul di Festival Filem Venice kerana peraturan mogok menghalang mereka mempromosi sebarang projek semasa, masa lalu atau akan datang.

Bagaimanapun acara karpet merah tidak sepi daripada bakat-bakat filem bebas dan beberapa bintang kelas-A yang diberi pengecualian daripada mogok tersebut. Kebanyakannya hadir dalam persalinan mempesona, segak dan memukau mata.

GL kongsikan beberapa gaya selebriti yang mencuri perhatian di karpet merah Festival Filem Venice ke-80

Scha Alyahya

Jelitawan ini tampil persis dewi di karpet merah dalam gaun putih satin berperincian manik daripada pereka tempatan, Alia Bustamam. Anting-anting dempak dan sarung tangan jarang melengkapkan penampilannya yang anggun.

Scha Alyahya diterbangkan ke Venice, Itali oleh Armani Beauty untuk memberi sokongan kepada filem Poor Things lakonan Emma Stone dan Mark Ruffalo.

FESTIVAL FILEM VENICE 2023

Patrick Dempsey

‘Dr. McDreamy’ muncul di karpet merah Festival Filem Venice ke-80 sempena filem terbarunya, Ferrari. Maskulinitinya terserlah dalam sut berjalur biru kelasi Brunello Cucinelli yang dipadankan bersama kemeja-T rona beige dan kasut rona coklat.

FESTIVAL FILEM VENICE 2023

Amal Alamuddin

Isteri kepada aktor George Clooney ini tidak pernah kalah bergaya di acara karpet merah. Kali ini dia menyarung gaun nude-pink Dior rekaan John Galliano.

Jacob Elordi

Kemunculan bintang Priscilla ini mencuri perhatian lensa kamera. Jacob Elordi kelihatan amat segak dalam kemeja hitam dan sut kelabu Bottega Veneta.

FESTIVAL FILEM VENICE 2023

Jessica Chastain

Berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, aktres ini memilih untuk menyarungkan sut pada acara tahun ini. Jessica Chastain berjaya mencuri perhatian dalam blazer sulaman bunga berperincian manik dan celana sarat labuci rekaan Giorgio Armani.

FESTIVAL FILEM VENICE 2023

Rege-Jean Page

Aktor Bridgerton ini menyerikan karpet merah Festival Filem Venice dengan penampilan ringkas namun glamor dalam tuksedo hitam Giorgio Armani.

FESTIVAL FILEM VENICE 2023

Lili Reinhart

Bintang Riverdale ini menyarung gaun mewah berkilauan rona krim yang menyerlahkan aura Hollywood klasik. Gayanya disempurnakan dengan rantai berlian berlapis dan sepatu sepadan.

Jesse Williams

Segak dan bergaya, Jesse Williams menyarung sut biru indigo yang dipadankan bersama kemeja putih, tali leher kupu-kupu biru floss dan kasut rona hitam.

Kate Beckinsale

Aktres ini tampil hangat di karpet merah dalam persalinan Georges Chakra Couture yang terdiri daripada kaftan mewah jarang bersama kolar dan juraian emas di bahagian lengan dan bawah baju.

Tidak lupa juga sut badan berkilauan sepadan yang disarungnya. Kasut tumit tinggi dan barang kemas Chopard melengkapkan penampilan Kate Beckinsale.

Adam Driver

Muncul di karpet merah Festival Filem Venice dalam sut klasik, Adam Driver berjaya menangkap intipati Venice dengan sempurna. Dia kelihatan begitu segak dalam sut hitam putih Itali yang menampilkan lapel lebar dengan sentuhan elegan kasual.

venice

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: 15 SEGAK & ANGGUN DI KARPET MERAH ABPBH 35

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
PEMAKAIAN THRIFTED CLOTHES DI KLFW 2026 - WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN 'STYLE EQUITY' TERTINGGI 2026

5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Bacaan Lanjut
MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut