Skip to content

15 SEGAK & ANGGUN DI KARPET MERAH ABPBH 35

15 SEGAK & ANGGUN DI KARPET MERAH ABPBH 35

Kongsikan artikel ini

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 atau ABPBH 35 yang bersiaran buat julung kalinya dari Panggung Sari, Istana Budaya berlangsung meriah dan gilang-gemilang.

Menampilkan Ain Edruce dan Johan sebagai hos, ABPBH 35 mempertandingkan 12 kategori utama dan tujuh kategori Ekstra!. Bell Ngasri, pelawak yang telah 37 tahun berkecimpung dalam industri membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik sekali gus dinobat sebagai Bintang Paling Popular 2023. Tidak lupa juga dua anugerah khas yang diberikan kepada Tan Sri Michelle Yeoh dan Yuna atas pencapaian luar biasa mereka di peringkat global.

Selain barisan pemenang, penampilan para selebriti juga turut menjadi perbualan penonton. Tidak kira artis lelaki mahupun wanita, masing-masing kelihatan kacak dan menawan kala melewati karpet merah acara bertemakan Ekspresi Legasi Seni itu.

GL kongsikan beberapa stail selebriti yang mencuri perhatian pada malam ABPBH 35.

1 of 14

Bell Ngasri menggayakan sut rona jingga bersama kemeja putih yang dipadankan bersama celana hitam. Dia turut menggayakan kain kuning di kepala sama seperti ‘Barkoba’, wataknya dalam telefilem 16 Puasa yang menjadi sebutan ramai.

1 of 14

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

Bacaan Lanjut