20 PALING SEGAK DI GOVERNORS AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
Selepas berlangsungnya LACMA Art + Film Gala dan Academy Museum Gala, kini tiba pula giliran Governors Awards yang ditunggu-tunggu.
Tahun ini, The Academy of Motion Picture Arts & Sciences memberi penghormatan kepada mendiang pemuzik Quincy Jones, pengarah uji bakat Juliet Taylor, pengarah-penulis Richard Curtis, serta penerbit Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli.
Sebelum anugerah kehormat Akademi diberikan, para selebriti dan jemputan muncul di karpet merah dalam persalinan segak dan memukau mata. Angelina Jolie yang menggayakan gaun vintaj hadir bersama anak lelakinya Knox Jolie-Pitt, 16. Jennifer Lawrence yang sarat hamil kelihatan anggun dalam gaun feminin rona coklat Bottega Veneta daripada koleksi Pra-musim Luruh 2025.
Dua jelitawan, Selena Gomez dan Emilia Perez muncul di karpet merah dalam rekaan berani sarat labuci daripada Ralph Lauren. Bintang Anora, Mikey Madison anggun dalam gaun Prada rona merah ceri manakala Lily-Rose Depp, Lupita Nyong’o dan Margaret Qualley memilih couture Chanel.
Secara ringkasnya, permaidani merah Governors Awards tahun ini cukup hangat dengan kehadiran bintang popular dalam jenama fesyen tersohor.
Namun bukan hanya selebriti wanita yang mencuri tumpuan. Barisan artis lelaki juga tidak kalah bergaya di karpet merah Governors Awards. Walaupun rata-ratanya hadir dalam persalinan berwarna hitam, ada juga yang mencipta kelainan dengan menggayakan sut rona terang.
Lihat gaya terbaik selebriti lelaki di karpet merah Governors Awards ke-15
Paul Mescal
Adrien Brody
Robbie William
Colman Domingo
Daniel Craig
Andrew Garfield
Barry Keoghan
Nicholas Hoult
Jude Law
Kieran Culkin
Drew Starkey
Guy Pearce
John David Washington
Fred Hechinger
Jeremy Strong
Hugh Grant
Sebastian Stan
Kevin Costner
Omar Apollo
Willem Dafoe
Foto: British GQ/Getty Images/The Academy
Pautan berkaitan: MOMEN FESYEN TERHANGAT DI KARPET MERAH MTV EMA 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FESYEN TERHANGAT ‘OPPA’ DI KARPET MERAH MAMA AWARDS 2024
Byeon Woo Seok, ZEROBASEONE DAN BOYNEXTDOOR antara selebriti lelaki yang mencuri perhatian di karpet merah MAMA Awards 2024.
MOMEN FESYEN BINTANG THE UNION DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Tayangan perdana The Union yang berlangsung di Los Angeles meriah dengan kehadiran barisan pelakon dalam persalinan bergaya.
STAIL TERBAIK DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM CANNES 2024
Acara ekstravaganza, Festival Filem Cannes kebiasaannya menampilkan antara detik fesyen gah dan terbaik sepanjang tahun.
15 SEGAK & ANGGUN DI BAFTA FILM AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
BAFTA Film Awards ke-77 yang berlangsung di Royal Festival Hall, London meriah dengan kehadiran bintang ternama.