Skip to content

5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR

5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR

Kongsikan artikel ini

Kuala Lumpur dihadiri dengan butik-butik baharu dalam dunia fesyen yang menambah lagi kemeriahan di kota sibuk ini.

Tahun 2025 menyaksikan gelombang baharu dalam dunia fesyen dan gaya hidup di Kuala Lumpur. Beberapa jenama antarabangsa serta konsep baharu membuka butik mereka di pusat beli-belah terkemuka. Dari label mewah Perancis hingga destinasi buku ikonik, setiap pembukaan membawa pengalaman unik yang menambah warna pada landskap gaya kota metropolitan ini. Berikut senarai 5 butik baharu yang menjadi tumpuan tahun ini.

#1 Dior — The Gardens Mall

Walaupun pembukaannya berlaku pada hujung 2024, butik Dior di The Gardens Mall masih mencuri perhatian. Butik ini menjadi sebagai salah satu butik “baharu” paling berprestij pada 2025. Dengan ruang yang elegan, interior yang diinspirasikan seni bina moden, serta seleksi fesyen meliputi ready-to-wear. Aksesori, beg ikonik seperti Lady Dior, dan rangkaian kecantikan terpilih membuatkan butik ini menjadi destinasi wajib peminat couture Perancis.

#2 LILANZ — Genting Highlands & Pavilion Bukit Jalil

Jenama menswear dari China ini meneruskan momentum globalnya dengan dua pembukaan di Malaysia pada tahun sama. Butik Genting hadir pertama dengan konsep breathable casual menswear pada Mei 2025. Manakala, butik Pavilion Bukit Jalil yang hadir pada hujung tahun tampil dengan reka bentuk futuristik. Gabungan elemen krom, pencahayaan LED serta layout minimalis yang mencerminkan estetika maskulin moden.

#3 Kinokuniya — Pavilion Damansara Heights

Peminat buku menyambut satu lagi berita baik apabila Kinokuniya memperluaskan kehadirannya dengan cawangan baharu di Pavilion Damansara Heights pada bulan Disember 2025. Berbeza daripada format asalnya di Suria KLCC, lokasi ini membawakan suasana lebih lifestyle-driven.  Mereka turut bergabung bersama O’Coffee Club Atelier. Selain itu, ruang membaca estetik, pilihan buku antarabangsa dan indie, serta bahagian khas untuk manga, seni, reka bentuk dan journaling.

#4 ASAL Lelaki — KL East Mall

Jenama tempatan yang semakin meningkat ini akhirnya membuka butik fizikal pertama mereka pada hujung tahun 2024 selepas kejayaan penjualan dalam talian dan pop-up retail. ASAL Lelaki  memberi fokus kepada keperluan gaya lelaki urban—dari pakaian asas berkualiti tinggi hingga grooming tools dan aksesori. Konsep butik di KL East Mall ini lebih kepada curated gaya hidup lelaki, menjadikannya destinasi ideal buat lelaki moden yang mementingkan kualiti dan estetika minimal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KL EAST MALL (@kleastmall)

#5 ISSEY MIYAKE — Pavilion Kuala Lumpur

Salah satu butik yang paling ditunggu, ISSEY MIYAKE kini berada di lokasi baharu dengan ruang lebih besar dan koleksi lebih menyeluruh. Ini termasuk Pleats Please, Homme Plissé, beg Bao Bao serta aksesori signature. Interior butik ini, yang mengutamakan garis bersih dan material organik, mencerminkan DNA jenama ini. Inovasi, seni dan fungsi. Ia menjadi destinasi yang pasti disukai peminat reka bentuk Jepun dan pemuja struktur tekstil.

Daripada jenama global hingga retail tempatan, pembukaan butik-butik ini mengesahkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai destinasi gaya hidup dan fesyen yang semakin berkembang pesat di Asia Tenggara. Sama ada anda seorang pencinta fesyen, peminat buku atau pengumpul item signature, tahun 2025 menawarkan lebih banyak ruang, pilihan dan inspirasi.

Pautan berkaitan: 7 JENAMA FESYEN COOL DARI ASIA TENGGARA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

Bacaan Lanjut
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

Bacaan Lanjut
THE 'QUIET LUXURY' EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?

THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?

Bacaan Lanjut

OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II

Bacaan Lanjut
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI MATTHEW WILSON UNTUK OAKLEY KE JOHN GALLIANO KE ZARA

5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA

Bacaan Lanjut