Skip to content

5 ‘DROP’ TERHANGAT SVG WORLDWIDE TAHUN 2025

Kongsikan artikel ini

Dalam radar streetwear Malaysia, SVG Worldwide terus membuktikan dominasi mereka sebagai jenama yang tidak pernah tidur dan sentiasa berada satu langkah di hadapan. Tahun 2025 menyaksikan beberapa kolaborasi dan koleksi paling agresif, eksperimental dan berpengaruh. Setiap satu koleksi  mencetuskan hype, mencabar norma serta membuktikan bahawa SVG bukan sekadar jenama streetwear lokal Malaysia. Berikut ialah 5 drop terhangat SVG Worldwide yang mendefinisikan energi streetwear Malaysia tahun ini.

1. SVG x CALLE : “CONQUER THE FEAR”

Kolaborasi Malaysia–Indonesia ini menjadi antara kerjasama paling ikonik tahun 2025. “Conquer The Fear” menyatukan DNA motorsport Calle dengan estetika streetwear SVG yang “edgy dan chic”. Leather Crop Racing Jacket dalam hitam dan merah menjadi rebutan utama peminat fesyen streetwear tempatan. Direka dengan emboss, sulaman dan struktur 3D yang memberikan siluet garang serta premium. Tidak cukup dengan itu, 6-Panel Racing Cap pelbagai warna turut sold out dalam masa singkat, menandakan kolaborasi ini benar-benar menguasai pasaran serantau terutamanya di Malaysia dan Indonesia.

2. SVG x BRIK : “CHROMA ASTRAL” Collection 

Satu kolaborasi eksklusif yang menjadi penutup sempurna kepada siri Chroma oleh brïk. Dibalut dalam velvet suede premium, setiap beg sarat dengan cetakan SVG Astrals dalam siluet paling ikonik brïk. Apa yang menjadikannya lebih istimewa, setiap saiz hadir dalam warna tersendiri, menjadikan setiap unit unik untuk sesiapa yang memilikinya. brïk yang diasaskan dua beradik, Sabrina & Syakira Ridzal, terbukti memahami dinamik pasaran fesyen moden. Scarcity, desirability, dan storytelling. Ditambah pula dengan kolaborasinya bersama SVG memperkuatkan lagi identiti jenama dan visual yang bold.

3. SVG x AEGIS.601 : “BURŪDENIMU COLLECTION”

Aegis.601 bukan sekadar jenama streetwear lokal, mereka mencabar peraturan, “trendsetter” dan antara jenama lokal yang menhgasilkan “functional garment”. Kolaborasi bersama SVG melahirkan Burūdenimu Collection, yang kini dianggap cult classic dalam komuniti streetwear tempatan. Kualiti denim, ketelitian craftmanship dan edisi terhad yang diperkenalkan pada acara besar seperti Absolut Bazaar  dan MITEC menjadikan koleksi ini fenomenal sekali gus mencetuskan barisan yang panjang dan sambutan luar biasa daripada peminat fesyen tempatan sendiri. Drop ini membuktikan bahawa apabila dua jenama yang kuat identitinya bersatu, hasilnya bukan sekadar produk tetapi merupakan satu “fashion statement” yang utuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Svg worldwide™️ (@svgwrldwide)

4. THE CORDOUIRÉ COLLECTION SVG Worldwide

Dilancarkan pada 16 April 2025, The Cordouiré Collection menjadi antara drop paling monumental dalam sejarah SVG Worldwide. Koleksi ini membuktikan bahawa jenama itu bukan sahaja memahami selera pasaran, tetapi juga tahu bagaimana untuk mencipta desirability melalui kemewahan fabrik dan ketelitian reka bentuk. Tidak hairan ia menjadi ‘drop’ paling pantas sold-out, habis dalam sekelip mata.

Keistimewaan utama koleksi ini bertumpu pada fabrik corduroy 350 GSM berkualiti tinggi. Antara material yang pernah digelar “the cloth of kings”. Dalam landskap streetwear Malaysia yang lazimnya didominasi cotton dan twill, penggunaan corduroy tebal dan bertekstur kaya ini menjadikan koleksi ini tampak lebih matang, eksklusif dan berbeza daripada kebiasaan.

Butiran estetiknya juga diperkemas dengan penuh teliti:

  • Logo sulaman yang halus dan premium
  • Custom Astral pendants pada zip yang memberikan sentuhan identiti SVG
  • SVG leather tags yang melengkapkan karakter mewahnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Svg worldwide™️ (@svgwrldwide)

5. “THE MONARCH COLLECTION” SVG Worldwide

Antara koleksi paling dominan tahun ini, “The Monarch Collection” menampilkan koleksi yang premium dari segi detailing dan penggunaan materialnya.  Paling mendapat perhatian ialah Leather Puff Jacket, diperbuat daripada gabungan PU dan polyester berkualiti dengan quilted padding untuk struktur yang mantap dan hangat.
Sulaman halus di hadapan serta grafik besar di belakang menjadikannya salah satu “statement piece” dalam koleksi kali ini. Koleksi ini turut menampilkan karya istimewa seperti SVG x Hausboom Workshirt ’25, diperbuat daripada premium cotton twill dengan sulaman terperinci. Workshirt ini mewakili budaya, muzik dan gaya hidup urban Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Svg worldwide™️ (@svgwrldwide)

Artikel Berkaitan: 6 LABEL TEMPATAN YANG MENDOMINASI TAHUN 2025

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

6 LABEL TEMPATAN YANG MENDOMINASI TAHUN 2025

6 LABEL TEMPATAN YANG MENDOMINASI TAHUN 2025

Bacaan Lanjut
SVG WORLDWIDE

GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN ASHRAF ANUAR, PENGASAS SVG WORLDWIDE

Bacaan Lanjut

PERJALANAN FESYEN ASHRAF ANUAR & PELABURAN RM 3 JUTA

Bacaan Lanjut

ADAM AZMAN, MODEL GENERASI BAHARU BERCITA-CITA TINGGI

Bacaan Lanjut
5 Jenama Fesyen Lokal Pilihan GLAM Lelaki

5 JENAMA FESYEN LOKAL PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut