Skip to content

5 KOLEKSI H&M INNOVATION STORY PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Koleksi H&M Innovation Metaverse Design Story boleh mula didapati bermula 8 Disember 2022 di hm.com.

High fashion meets virtual fantasy! Dalam meneruskan inisiatif Innovation Stories, H&M mempersermbahkan sebuah koleksi yang mencuri perhatian dalam eksplorasi yang mencabar sempadan antara dunia sebenar dan atas talian. Koleksi H&M Innovation Metaverse Design Story ini boleh mula didapati bermula 8 Disember 2022 di hm.com.

Lucien Laviscount dan Manu Ricos di British Fashion Awards 2022

Koleksi H&M Innovation Metaverse Design Story tahun ini menggabungkan seni rekaan dalam high fashion bersama fantasi gerobok maya. Paling utama, H&M terus mengangkat kelestarian fesyen dalam setiap rekaan untuk kesejahteraan alam sekitar.

“Dimensi fesyen maya yang semakin meluas telah membuka masa depan yang lebih menarik buat H&M, dan membenarkan kami untuk menghasilkan dunia yang gemerlapan, bold dan lebih berani bersama koleksi fizikal sedia ada. Selain daripada peluang kreatif yang tiada penghujung, ia turut membenarkan kami untuk menghasilkan visi fesyen yang lebih lestari dan menyeluruh yang boleh diakses oleh semua, di mana sahaja di dunia,” kata penagrah kreatif H&M, Ann-Sofie Johansson.

Christian Didier dan Leslie Png

Menceduk inspirasi daripada potensi Metaverse yang tiada batasan dan juga sentuhan keindahan dalam dunia fizikal, koleksi sedia pakai Innovation Metaverse Design Story ini mengalukan ekspresi diri dan ekplorasi lestari dalam tiga dimensi. Siri ini dimulakan dengan koleksi buat lekaki juga wanita dengan desain aksesori yang membulat. Kedua, program sewa pakai yang boleh didapati di stor H&M terpilih. Dan akhir sekali, koleksi digital yang dihasilkan bersama Institute of Digital Fashion di London.

Koleksi Innovation Metaverse Design Story

Item utama untuk koleksi fizikal menampilkan siluet yang mencuri perhatian dengan sentuhan perincian dan palet warna yang menggegarkan internet. Berikut adalah 5 item daripada koleksi Innovation Story pilihan GLAM Lelaki:

3 of 5

LACE-UP TOP RM329.95

3 of 5

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

Bacaan Lanjut
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

Bacaan Lanjut
THE 'QUIET LUXURY' EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?

THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?

Bacaan Lanjut

OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II

Bacaan Lanjut