Skip to content

5 STAIL EMRAN RIJAL PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini
1 of 5

Emran Rijal merupakan seorang figura muda yang semakin mendapat perhatian dalam dunia fesyen tempatan. Dikenali sebagai pengasas jenama streetwear EMRI Vision, Emran bukan sahaja menonjol menerusi reka bentuk pakaian yang edgy dan autentik, tetapi juga melalui gayanya yang berani dan penuh karakter. Selain aktif dalam dunia kreatif, beliau juga mencuri tumpuan sebagai suami kepada Tyra Kamaruzzaman, pengasas jenama kecantikan Beautyra. Gabungan personaliti dinamik dan cita rasa fesyen yang tajam menjadikan Emran antara nama yang patut diberi perhatian dalam industri gaya hidup dan fesyen Malaysia. GLAM Lelaki memilih 5 stail terbaik pengasas kepada EMRI Vision.

 

Emran

Gaya Emran Rijal mencerminkan jiwa streetwear moden dengan sentuhan berani dan santai. Menerusi padanan jersi oversized EMRIV bersama seluar kargo camo, penampilannya tampil rugged tapi tetap bergaya. Aksesori seperti cermin mata hitam futuristik dan sneakers tinggi melengkapkan vibe urban yang edgy. Gaya Emran jelas menonjolkan identiti—bebas, yakin, dan autentik dalam dunia fesyen jalanan tempatan.

1 of 5