SESI EKSKLUSIF #STYLEDBYJK BERSAMA GL GANG DAN JENAMA DENIM, LEE
SEMBILAN GL GANG HADIR MENYERTAI MASTERCLASS #STYLEDBYJK BERSAMA JENAMA DENIM, LEE UNTUK SESI PERKONGSIAN PENATAAN GAYA, TIP DAN TRIK STYLING. SAMBIL ITU, MENDEKATI KOLEKSI MUSIM BUNGA 2025 LEE, YANG DICADANGKAN SESUAI BUAT MENYEMPURNAKAN GAYA STYLISH SETIAP GL GANG MUSIM INI.
Sebanyak sembilan tetamu eksklusif atau yang kami namakan sebagai GL Gang hadir menyertai masterclass #styledbyJK bersama jenama denim, Lee. GL Gang, merupakan wajah baharu yang kami pilih, boleh diketengahkan sebagai the next face untuk membentuk komuniti lelaki muda yang stylish, dinamik dan berkarisma-mewakili generasi baharu dalam dunia fesyen dan hiburan.
Khas untuk acara ini, antara GL Gang yang terlibat ialah Razin Qidran, Hariz Hamdan, Rizal Rasid, Muqh Mazelan, Akmal Hizzat, Fitri Farok, Evertts Gomes, Darien Aeld dan Rome Zyman. Kesemuanya mempunyai stail, identiti dan kerjaya yang berbeza, namun dapat menciptakan harmoni gaya dengan penampilan penuh Lee.

Razin Qidran

Rizal Rasid

Darien Aeld & Rome Zyman
Acara masterclass hasil kolaborasi bersama Lee ini, bermula pada jam 11 pagi sehingga 1 tengah hari pada 17 April 2025, bertempat di butik Lee di IOI City Mall, Putrajaya. Acara ini bukan sekadar sesi perkongsian biasa, tetapi satu pengalaman baharu, yang mana tetamu kami berpeluang berkongsi idea dan kreativiti bersama Editor GLAM Lelaki, Johan Kassim.
Setiap GL Gang diberi kesempatan eksklusif untuk menerima cadangan gaya yakni padu padan tiga helaian daripada koleksi utama Lee musim ini. Idea gaya yang diberikan kepada mereka itu merupakan penataan gaya oleh Editor GLAM Lelaki, yang mana setiap pemilihan gaya adalah berdasarkan personaliti dan identiti gaya masing-masing. Misalnya, stail peribadi Hariz Hamdan lebih ke arah formal dan maskulin, tetapi kali ini Hariz mahukan gaya yang kasual dan terkini. Oleh itu, Johan memberi idea gaya yang berlainan daripada gaya kebiasaan Hariz. Iaitu, kemeja denim boxy lengan pendek, baju T klasik logo Lee serta seluar denim berukuran wide untuk Hariz gayakan. Nyata sempurna untuk musim bunga yang telah tiba, paduan gaya pada Hariz menawarkan inspirasi gaya yang segar, memastikan tampilan tetap cool sepanjang musim.

Hariz Hamdan
Pesona Razin Qidran pula bertambah apabila dia mengenakan paduan gaya juga cadangan oleh Johan, iaitu baju T berjalur dengan detail logo Lee, kemeja checkered (sebagai helaian luar) serta seluar denim biru. Perpaduan gaya yang tepat boleh mengubah penampilan sederhana Razin menjadi lebih menonjol dan menginspirasikan. Stailnya terlihat meningkat, tetapi juga terasa ‘effortless’ dan penuh keyakinan.
Lebih menarik lagi, masterclass ini turut memberi peluang kepada tetamu untuk melihat koleksi musim bunga 2025 Lee, merangkumi jaket, baju T, kemeja dan seluar denim. Selain itu, terdapat sudut denim dalam butik Lee yang membolehkan setiap GL Gang melihat koleksi seluar denim Lee yang pelbagai stail dan potongan. GL Gang juga dapat berinteraksi secara langsung dan beramah mesra antara satu sama lain juga berkongsi idea untuk menggayakan helaian Lee yang dipilih. Memberi inspirasi gaya yang sangat menakjubkan.
Artikel berkaitan: SEPATU RAYA VERSATILE PILIHAN MILLER KHAN SEMPENA AIDILFITRI INI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELEBRITI LELAKI BERBADAN CANTIK: INSPIRASI ‘MODERN MASCULINITY’ DARI AEDY ASHRAF, IKMAL AMRY DAN RAMAI LAGI.
Inspirasi ‘modern masculinity’ dari lapan selebriti lelaki Malaysia. Penampilan fizikal dek ketekunan mereka nyata mencetus inspirasi.
KOLABORASI HANGAT & BEREVOLUSI MUSIM INI, LEVI’S® DAN NIKE. MULA TERJUAL 10 JULAI INI!
Levi's® dan Nike, bekerjasama melancarkan koleksi yang paling dinanti-nantikan. Musim ini, kedua-dua jenama menggabungkan warisan denim yang kaya daripada Levi's® bersama rekaan ikonik Air Max 95 Nike.
KETAHUI 7 CARA UNTUK MENGATASI KULIT BERJERAWAT DAN SENSITIF UNTUK KAUM LELAKI
Masalah kulit berjerawat dan sensitif bukan hanya dialami oleh wanita, malah lelaki juga Ketahui tips atasi kulit berjerawat dan sensitif.
AHMAD EZZRIN LOY, “SEBELUM MASUK UMUR 35 TAHUN, SAYA HENDAK MENJADI INSPIRASI YANG SEBENAR”
Ezzrin Loy berkembang dari pelakon cilik menjadi selebriti serba boleh serta content creator, dengan reputasi yang meningkat di Malaysia.
KENALI 5 WATAK UTAMA DRAMA ANAK-ANAK MAFIA
Drama Melayu terbaru Anak-Anak Mafia berada di bawah terbitan Zeel Production dan ditayangkan di platform penstriman Tonton.
COS PERFUMERY, EAU DE PARFUM TERBAHARU DENGAN AROMA UNISEKS
COS, jenama fesyen kontemporari dari London, kini meluaskan sayap ke dunia wangi dengan mempersembahkan COS Perfumery, debut rangkaian Eau de Parfum dan lilin aroma khas.