5 TIP ELAK PEMBAZIRAN DI MUSIM PERAYAAN
Baju raya, kuih raya, hiasan rumah, rumah terbuka…Argh! Banyaknya duit yang hendak dibelanja. Bagaimana hendak mengawal perbelanjaan sebelum poket menjadi kosong? Bagaimana untuk berjimat? Jangan risau! Kami gi GL punya tip-tip terbaik untuk anda mengelakkan pembaziran di musim perayaan ini.

1. SENARAIKAN KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN SAJA
Anda perlu bijak menentukan sama ada kelengkapan yang hendak dibeli adalah ‘keperluan’ atau ‘kehendak’. Langkah terbaik, utamakan barangan yang tersenarai dalam ‘keperluan’ dahulu. Pastikan anda menyenaraikan barangan yang diperlukan dan bawa duit mengikut anggaran nilai barangan tersenarai. Bimbang nanti diri gagal menahan nafsu untuk menghabiskan kesemua duit yang dibawa berlebihan!
2. BERBELANJA SEAWAL MUNGKIN
Harga barangan menjelang musim perayaan biasanya melambung tinggi. Jadi, penting bagi anda untuk membuat persediaan awal sebelum terpaksa berbelanja lebih. Seelok-eloknya, rancang lokasi untuk membeli-belah. Kemudian, simpan rekod perbelanjaan untuk merancang perbelanjaan akan datang. Jika didapati perbelanjaan memakan jumlah yang tinggi, tentunya anda perlu tahu untuk berjimat selepas tamat musim perayaan.
3. KONSEP ‘KURANGKAN’
Jika sebelum ini anda menyediakan 20 jenis kuih untuk menjamu tetamu yang bertandang ke rumah, apa kata kalau anda kurangkan kepada 10 jenis saja pada tahun ini. Satu lagi langkah terbaik, rancang rumah terbuka secara berkongsi bersama jiran tetangga. Melalui cara ini, amalan potluck adalah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan daripada berbelanja lebih.
4. BANDINGKAN HARGA
Perbandingan harga dari satu pasaraya ke pasaraya yang lain penting untuk memudahkan anda mengawal perbelanjaan. Apatah lagi jika sana sini mengadakan mega sales yang mengaburi mata! Pastikan anda merekod setiap kelengkapan yang dijual di pasaraya yang berbeza dan pilih harga terendah. Sepertimana yang disebutkan tadi, berbelanja seawal mungkin adalah pilihan tepat untuk mengelakkan pembaziran.
5. UJUR BAJU DI BADAN SENDIRI
Melihat rakan-rakan menggunakan tas tangan berjenama, kasut yang mahal ataupun dekorasi rumah yang moden, hati mula berasa cemburu, “Ah, aku mesti dapatkan apa yang dimilikinya!” This is wrong! Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri, anda tidak semestinya berbelanja secara mewah untuk meniru gaya mereka. Sebaliknya, tanya semula pada diri anda, “Adakah ia satu keperluan?”, “Adakah ia berbaloi?” ataupun, “Mampukah aku membelinya?”
Tepuk dada, tanya selera!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.










