Skip to content

influencer malaysia

6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI

Kongsikan artikel ini

Dalam era media sosial, golongan wanita muda terus mencipta impak besar melalui kreativiti dan kandungan yang memberi inspirasi. Skop kandungan yang ditampilkan dalam media sosial cukup luas. Ada yang fokusnya adalah pada fesyen, kecantikan, gaya hidup, travel, memasak malah hiburan komedi. Setiap kategori yang diketengahkan ada peminat dan pengikut yang tersendiri. GLAM Lelaki mengetengahkan enam influencer perempuan yang kini mendominasi ruang media sosial melalui pengaruh dan kepakaran dalam kandungan masing-masing. 

Sofea Shra

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sofea Shra (@sofeashra)

Sofea Shra dikenali menerusi kandungan kecantikan, fesyen wanita modest dan gaya hidup di platform seperti Instagram dan TikTok. Dengan gaya yang segar dengan sentuhan modest juga mesej tentang kepercayaan diri, dia telah menarik ramai pengikut yang menghargai ketulenan. Harus diakui, Sofea merupakan antara content creator yang paling berpengaruh dalam memberi fokus kepada fesyen hijab. Fesyen-fesyen yang ditampilkannya cukup menginspirasi dan sering berkongsi tips dan tutorial ringkas buat pengikutnya. 

Ameera Khan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Dikenali sebagai ‘Little Miss Khan’, Ameera aktif berkongsi tip kecantikan, fesyen wanita muda dan gaya hidup terkini. Selain sebagai influencer, Ameera adalah usahawan kosmetik melalui jenama LMK Cosmetics. Ameera sering berbicara tentang identiti dan kebebasan diri, menjadikannya figura berinspirasi golongan muda. Dalam arena fesyen, Ameera berdiri sebagai content creator sepenuh masa yang mendominasi dan menjadi rujukan utama ketika ini. Klien-klien fesyen high end, seperti Louis Vuitton, Dior, Prada dan Gucci selalu bekerjasama dengannya.

Nina Arif

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nina Ariff (@ninariff)

Nina Arif adalah personaliti media sosial yang semakin menonjol, terutama dalam skop gaya hidup dan fesyen. Kandungan Nina yang relatable dan peribadi membantu menjalin hubungan lebih erat dengan pengikut, terutama mereka yang menghargai keaslian dan kreativiti. Selain fesyen, kecantikan dan gaya hidup, baru-baru ini Nina ada terlibat dengan jenama Estee Lauder untuk kempen kesedaran kanser payu dara. Untuk kempen itu, Nina berkongsi pengalaman menjaga arwah ibunya yang bertarung melawan kanser payu dara. Inilah salah satu peranan penting seorang influencer iaitu berkongsi cerita dan pengalaman yang bermanfaat untuk tontonan pengguna media sosial. Ada kalanya, Nina mencipta content bersama ‘The Hustlepuffs’ iaitu bersama rakannya, Arisa Soraya dan Tisya Ong. 

Iman Opie

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Iman (@imanopie)

Iman Opie atau Iman Alysha Amin adalah influencer yang berbakat dan tahu berekspresi diri. Selain berkongsi gaya fesyennya, dia terkenal kerana memiliki personaliti yang comel dan being original dalam menampilkan sisi kehidupan sebenar. Semangatnya untuk ‘jadi diri sendiri’ sangat dekat dalam kalangan peminat muda. Iman selalu berkongsi tips fesyen dan kecantikan buat pengikutnya. 

Sherry Amin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherry Amin (@thesherryamin)

Sherry Amin terus menguatkan kedudukannya sebagai influencer gaya hidup dengan kandungan yang elegan dan penuh inspirasi. Dia mempunyai pengaruh kukuh di kalangan pengguna media sosial yang menghargai estetika, keanggunan dan nilai keaslian. Selain suka berkongsi tips fesyen dan kecantikan, Sherry aktif berinteraksi dengan pengikutnya melalui aplikasi ‘Ask Me’, di mana dia menjawab setiap soalan dengan penerangan yang panjang dan terperinci. Sherry antara influencer yang terawal menceburi bidang ‘content creation’ dan dia masih menjadi buruan pelbagai jenama. Lancome, YSL Beauty dan Dior Beauty antaranya. 

MissAlvy (Alvy Joanna)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ALVY JOANNA (@missalvy)

Alvynna Joanna Joseph, lebih dikenali sebagai MissAlvy, merupakan salah satu pempengaruh paling berpengaruh di Malaysia. Bermula sebagai content creator di media sosial, dia kini turut mencipta nama dalam bidang lakonan dan muzik. MissAlvy pernah melancarkan single sulungnya berjudul “Terpikat”. 

Keterbukaannya dalam berkongsi kisah peribadi, serta keupayaannya menyeimbangkan kerjaya kreatif (lakonan dan muzik) dan content creation, menjadikan Alvy inspirasi kepada ramai. ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi’ merupakan drama yang menampakkan potensi Alvy sebagai pelakon baharu. 

Artikel berkaitan: THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS

Bacaan Lanjut
mierul aiman glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut

OSKAR LEE, SEIMBANG ANTARA SUKAN DAN STAIL. “SAYA MEMANG AKTIF SUKAN SEJAK KECIL.”

Bacaan Lanjut

KAPTEN BATIK: MERAIKAN WARISAN BERINSPIRASIKAN GAYA MODEN

Bacaan Lanjut
han pin glam lelaki

5 STAIL ‘OOTD’ STYLISH HAN PIN MENURUT GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
pipi razi

5 STAIL OOTD PIPI RAZI YANG MENARIK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut