Skip to content

ADIDAS PERKENAL PREDATOR 20 MUTATOR

Kongsikan artikel ini

Jenama pakaian sukan antarabangsa, Adidas memperkenalkan kasut sukan Predator 20 dengan Demonskin yang menawarkan ciri unggul buat mereka yang ingin meningkatkan prestasi kala bersukan. Demonskin adalah teknologi baru yang dibangunkan dalam memberikan cengkaman pada bola dan memaksimumkan kawalan ketika berada di atas padang.

Merupakan teknologi terobosan baru untuk Adidas, terdiri daripada lapisan bertekstur yang membaluti keseluruhan but, sejajar dengan titik sentuhan utama dengan bola, memberikan pemain kelebihan kawalan sepenuhnya dengan baik walaupun ketika mahu mengelecek atau menahan bola.

But ini menawarkan konfigurasi stud dua-plat yang mengurangkan berat badan dan membolehkan reka bentuk 360 dibalut di bawah kaki. Dengan ini, bersama-sama dengan kolar Sockfit berupaya mengunci dan menyesuaikan diri dengan kontur yang unik pada kaki pemakai, memastikan kesesuaian anatomi untuk sokongan berpanjangan. Kemasukan kancing hibrid terus menguatkan tahap putaran dan daya tarikan but.

Predator 20 Mutator kini tersedia di Football Republic bermula 21 Januari dan boleh didapati di semua butik Adidas dan dalam talian di adidas.com.my bermula 28 Januari 2020.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut