IT’S ALL ABOUT ACCESSORISING!
2020 MENANDAKAN ARUS BARU DALAM FESYEN LELAKI. LELAKI MASA KINI SEMAKIN ‘DARING’ BERGAYA DENGAN VARIASI AKSESORI. NORMA BAHARU NYATA MENDIDIK PARA LELAKI UNTUK TAMPIL LEBIH UNIK DAN LUAR BIASA. LIHAT SAHAJA FAMOUS TIKTOKERS YANG BANYAK BERKONGSI CITA RASA FESYEN. BOLD WITH ACCESSORIES DEFINED THE NEW GENTLEMAN.
Harry Styles, Machine Gun Kelly, Justin Bieber, Noah Beck, Maluma, Bad Bunny, Chase Hudson antara lelaki masa kini yang wajar bergelar ikon fesyen baharu. Cita rasa fesyen mereka berada di luar jangkaan. Unexpected-terjemahan sempurna mengenai stail-stail mereka. Barisan tersebut tidak lagi mengamalkan stail ketradisionalan, menolak tepi gaya kelaziman lelaki. Yang mana pemakaian aksesori fesyen yang sarat seperti rantai, gelang, rantai mutiara menjadi tunggak utama dalam penggayaan. Çorak dan warna-warna baju pun tidak terhad pada satu.
Pengikut fesyen mula meniru stail mereka. Semakin banyak anak muda yang bersifat playful dalam penggayaan, pada masa sama menyingkir streotaip fesyen lelaki.
Harry Styles cukup akrab dengan ciri-ciri stail olahan Gucci. Gucci mula mengangkatnya sebagai fesyen muse. Maka itu, muncullah stail baru Harry Styles yang lebih eksentrik, versatil, dan ultramoden. Sejak pelancaran album “Fine Line”, Gucci banyak menata stail Harry Styles dalam setiap muzik video serta gaya karpet merah.
Seorang lagi, Machine Gun Kelly memiliki stail peribadi yang sangat saya kagumi. Dia perçaya gaya bernada ‘bold’ tidak menancapkan ‘masculinity’, namun ia berkaitan dengan jati diri. Sepanjang 2020, Machine Gun Kelly telah menampilkan pelbagai gaya karpet merah yang langsung tidak tunduk pada norma gaya lelaki.
Yang terbaru, dia membuktikan bahawa pemakaian aksesori yang sarat, termasuklah rantai mutiara dan menonjol merupakan kuasa fesyen baru sewaktu berjalan di atas karpet merah. Rujuklah, gaya terbarunya di 2020 American Music Awards. Cool, right?
Rujuk gaya-gaya personaliti fesyen berikut yang menjadikan aksesori sebagai pelengkap gaya terpenting.

MALUMA

MACHINE GUN KELLY

HARRY STYLES

CHASE HUDSON
Sumber gambar: Google
Artikel berkaitan: Personaliti Fesyen Paling Berpengaruh 2019
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 GAYA FESYEN TERBAIK NADHIR NASAR
Dari gaya kasual yang effortless hingga ke persalinan formal, Nadhir membuktikan bahawa fesyen adalah medium ekspresi yang tiada batasan.
8 WANGIAN RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI
Bro! your hair smells! Seperti badan, rambut juga memerlukan perhatian, lelaki moden jika anda seorang yang mementingkan gaya. Stay alert!
ASHRAF ANUAR: VISI DAN GAYA DALAM DUNIA FESYEN SVG
SVG bukan sekadar jenama, ia adalah revolusi gaya yang SVG bukan sekadar jenama, ia adalah revolusi gaya yang diterajui oleh Ashraf Anuar.
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.
AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA
Ameera Khan dan Jefri Nichol membuktikan bahawa cinta boleh disampaikan melalui gaya dan simbolik yang halus.