ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU
ALO YOGA mengalu-alukan JIN dari kumpulan BTS sebagai duta rasmi. Membuka lembaran untuk pengembangan pasaran yang penuh keterujaan di Korea Selatan.

Jenama Alo Yoga mula menarik perhatian penggemar fesyen dan pengamal aktiviti sihat di Malaysia. Sejak pembukaan butiknya di TRX KL, Alo Yoga menjadi sebutan dan kesukaan generasi kini untuk segera memilikinya. Ternyata, Alo Yoga merupakan jenama gaya hidup premium terkemuka, dikenali dengan gabungan fesyen, prestasi dan kesedaran, sangat teruja untuk mengumumkan Jin dari kumpulan BTS sebagai duta global terbaru. Berita pengumuman ini dilancarkan sempena pembukaan butik perdana pertamanya di Dosan Park, Korea Selatan pada tahun 2025 nanti.
Jin, terkenal dengan pengaruh yang dimilikinya dan jiwa seni, serta merangkumi nilai kesedaran, keseimbangan dan cinta diri. Sekali gus, semangat itu selari dengan identiti jenama Alo Yoga.
“Apa yang saya sangat suka tentang Alo Yoga ialah bagaimana mereka menggabungkan keselesaan, gaya dan tujuan dengan mudah sambil juga menekankan kesejahteraan fizikal dan mental, yang merupakan sesuatu yang sagat saya hargai.”
“Ia bukan sekadar tentang apa yang anda pakai, tetapi bagaimana ia membuatkan anda berasa dan menggalakkan anda untuk hadir,” komen Jin mengenai kerjasama tersebut.
JIN suka gaya selesa Alo Yoga
Pilihan utama Jin daripada koleksi Alo mencerminkan kecintaannya terhadap keselesaan, gaya dan praktikal. Dia menamakan ‘Make Waves hoodie’ dan seluar ‘Make Wave’ sebagai pilihannya untuk bersantai, t-shirt lengan pendek ‘Double Take Short’ untuk pemakaian yang ringkas dan praktikal, dan ‘Alo Runner’ untuk keselesaan yang stylish. Sebagai pelengkap gaya pula, topi ‘Off-Duty’ Alo, merupakan gaya ideal untuk stail sederhana.
Artikel berkaitan: 10 SANDAL LELAKI YANG MENGGABUNGKAN KESELESAAN, GAYA DAN FUNGSI UNTUK 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.
PENAMPILAN JUNG KOOK DI KONSERT ARIRANG MENTAFSIR KOD RUMAH BALENCIAGA
BTS memulakan jelajah dunia Arirang mereka, dimana Jung Kook mempersembahkan fashion feast oleh Balenciaga.
8 KUMPULAN K-POP SELF-PRODUCED YANG MENJADI BUKTI BAKAT MEREKA
Selain daripada sekadar bernyanyi dan menari, 8 kumpulan K-Pop ini membuktikan bakat mereka sebagai kumpulan self-produced.
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.











