Skip to content

AYYMAN RAHIM, BICARA STAIL & DIRINYA

Kongsikan artikel ini

AYYMAN RAHIM (@ayymanrahim) SUDAH BERTAPAK DALAM LAPANGAN FESYEN UNTUK SEKIAN LAMA. KINI MENGEMUDI AGENSI MODEL ‘THE MODELS LAB KL’, MENAMPILKAN BARISAN MODEL LOKAL YANG HANGAT  DI BAWAH NAUNGANNYA. AYYMAN BERSEMBANG MENGENAI STAIL DAN WHAT HE HAS BEEN UP TO DURING THIS HARD TIMES.  

 

PERKHABARAN BAHARU AYYMAN?

Rutin saya semasa pandemik ini merancang untuk mengembangkan model di bawah agensi saya, The Models Lab KL. Pada masa yang sama, saya melakukan banyak kajian untuk styling dan tren fesyen yang boleh saya aplikasikan selepas pendemik ini berakhir. Yang paling penting, saya berusaha menjaga kesihatan mental dan fizikal saya dalam waktu sukar begini. 

 

 

YOUR STYLE HAS EVOLVED. YOU HAVE A GREAT STYLE TOO. KONGSIKAN REVOLUSI STAIL PERIBADI AYYMAN?

Saya meminati fesyen sejak kecil lagi. Saya selalu berkongsi pandangan mengenai pakaian yang akan dibeli oleh ibu saya, dan saya bukan jenis yang asal pakai sesuatu pakaian itu, for the sake of it. Semasa usia remaja, saya bereksperimen dengan mereka pakaian saya sendiri dengan menggabungkan kain batik dari Indonesia atau Sarawak dengan pakaian harian. Saya menetapkan diri untuk menjadikan batik sebagai pakaian harian dan bukan hanya untuk majlis-majlis istimewa. 

Kemudian, bekerja untuk agensi fesyen sebelum ini, saya bereksperimen pula dengan fesyen yang lebih berani. There were some questionable choices, tetapi ia merupakan pengalaman untuk saya belajar menemukan gaya yang bersesuaian dan merasa selesa.

Buat masa ini, ciri fesyen yang sering saya pakai adalah pakaian yang selesa seperti kemeja dan seluar yang oversized berwarna dan bercetak. 

 

APAKAH ATAU SIAPAKAH RUJUKAN FESYEN AYYMAN?

To name a few; stail saya banyak dipengaruhi oleh ‘fashion scene’ di Korea, apalagi saya peminat drama Korea. Pereka fesyen di Jakarta seperti Toton, Biyan, Tangan dan Sapto Djojokartiko juga menjadi inspirasi besar pada saya. Majalah tempatan seperti GLAM, GLAM Lelaki dan EH! adalah antara rujukan lain mengenai perihal fesyen di Malaysia. 

 

 

HOW IMPORTANT IS STYLE TO YOU? SEBAGAI PENGASAS THE MODELS LAB KL & WARDROBE STYLIST?

Saya percaya bahawa stail itu sangat penting. Suka atau tidak, pandangan pertama adalah penting dan selalunya, people do judge a book by its cover. Saya berpegang pada idea bahawa pakaian menjadikan orang itu orang dan memiliki stail yang baik adalah medium untuk berekspresi diri; untuk menunjukkan siapa anda. Sebagai pengasas agensi model, The Models Lab KL, ia penting untuk saya tunjukkan kepada model saya betapa pentingnya untuk berketerampilan. 

 

APAKAH STAIL YANG INGIN AYYMAN CADANGKAN KEPADA LELAKI HARI INI?

Ini mungkin kedengaran klise, tetapi saya tidak percaya pada trend. Kerana trend tidak bertahan lama dan ia datang dan pergi dengan cepat. 

Cari penampilan yang benar-benar sesuai dengan identiti anda adalah cara terbaik. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru, anda mungkin menyukai apa yang anda lihat. 

 

SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI DI MALAYSIA MEMILIKI STAIL YANG COOL?

Awal Ashaari. Dia boleh pakai apa sahaja dan kelihatan baik. That’s not something that can be said about everyone. Awal dan isterinya, Scha Alyahya adalah pasangan fesyen berkuasa di Malaysia sekarang. 

 

 

HOW DO YOU THINK THAT FASHION WILL CHANGE IN 2021? ESPECIALLY NOW THAT THE WORLD IS IN PANDEMIC.

Pandemik ini benar-benar menguji penyesuaian diri kita dengan norma baharu. Memandangkan teknologi adalah sebahagian daripada kehidupan harian kita, saya menyaksikan perubahan yang ada dengan meminimumkan bilangan orang di set penggambaran dan klien hanya perlu memerhati melalui panggilan Zoom atau FaceTime. 

Pertunjukan fesyen juga diadakan secara dalam talian melalui platform seperti Instagram Live, TikTok Live, YouTube Live, dan juga lama web strim khusus. 

 

BAGAIMANAKAH AYYMAN MENJAGA DIRI DALAM KEADAAN LOCKDOWN SEKARANG? 

Menariknya, saya dapati melakukan rutin penjagaan kulit adalah sebagai terapi. Saya tidak terlalu memikirkannya sebelum waktu pandemik, tetapi sekarang saya tidak pernah terlepas untuk melakukan rutin penjagaan kulit pada waktu pagi dan malam. Saya mengesyorkan untuk pakai serum Vitamin C, retinoid, pelembap dalam rutin penjagaan kulit. Yang paling penting, krim tabir suria (sunscreen). 

 

ANY FAVOURITE PURCHASE RECENTLY? IF YES, WHAT IT IS?

Filet Longchamp le pliage; Ia sangat praktikal kerana saya boleh masukkan apa sahaja ke dalam beg itu dan tetap kelihatan bersesuaian dengan apa sahaja yang saya pakai. 

Prada AirPods Case Chain; saya menggunakan ini setiap hari bukan hanya untuk menyimpan AirPod saya, tetapi seringnya sebagai rantai pelitup muka. 

 

PROJEK AKAN DATANG?

Semuanya kelihatan agak tidak menentu sekarang. Kerana projek-projek yang dirancang, sayangnya telah dibatalkan dan ditunda. Tetapi, saya yakin bahawa sesuatu yang menarik pasti akan tiba untuk The Models Lab KL dan kerja menata gaya saya. 

 

Artikel berkaitan: NOKI K-CLIQUE, RAPPER GENERASI BARU MILIKI IDENTITI TERSENDIRI

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

dior fendi

TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
RAZIN QIDRAN, PELAKON BARU YANG BERPOTENSI DAN ADA PAKEJ

RAZIN QIDRAN, PELAKON BARU YANG BERPOTENSI DAN ADA PAKEJ

Bacaan Lanjut

CUTI-CUTI BERSAMA OUTFIT IKONIK LEVI’S®

Bacaan Lanjut
tod's melium group

TOD’S· X CAPSULE COLLECTION BERSAMA XIAO ZHAN

Bacaan Lanjut

ADIB CAROLINE, GENERASI BAHARU FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut

ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU

Bacaan Lanjut