Skip to content

BAPE® X COACH BAKAL BERADA DI TANAH AIR TIDAK LAMA LAGI!

Kongsikan artikel ini

COACH mengumumkan kolabrasi seterusnya bersama pelopor dan perintis gaya jalanan terkenal Jepun, BAPE. Koleksi eksklusif yang terdiri daripada seleksi barangan kulit, pakaian ready-to-wear, kasut, beg dan lain-lain khabarnya bakal dijual di Malaysia dengan stok terhad.

Bold and playful, BAPE® x Coach dilihat menyalurkan semangat autentik serta eksprisi diri dalam gaya urban yang sukar diduga, menyingkap inspirasi dua kota asal jenama-jenama ini, iaitu New York dan Tokyo.

Meraikan sentuhan berbeza mengikut identiti asal kedua jenama ini, turut mendapat perhatian adalah indikasi serta gabungan idea kedua-dua jenama seperti pengunaan logo COACH yang digabung bersama logo BAPE Ape Head. Selain itu, koleksi jaket puffa yang dihasilkan menggunakan kulit, terhasil dari Coach Academy dan rekaan BAPESTA menandakan ulang tahun siluet tersebut yang ke-20.

Bagi yang ingin mendapatkan edisi terhad COACH X BAPE ini, anda boleh terus ke laman sesawang COACH atau BAPE, atau terus ke outlet terpilih. COACH Pavilion Elite turut menjual koleksi ini bermula 22 Februari 2020, jam 9 pagi. Keseluruhan koleksi menggunakan khidmat dua personaliti popular, iaitu Koki dan Quincy Brown.

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI

Bacaan Lanjut
GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

Bacaan Lanjut

30 SEGAK & ANGGUN DI KARPET MERAH ABPBH 36

Bacaan Lanjut
SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA COACH 2025

SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA 2025 COACH

Bacaan Lanjut
10 ASAS TAMPIL BERGAYA SETIAP LELAKI WAJIB TAHU!

10 ASAS TAMPIL BERGAYA SETIAP LELAKI WAJIB TAHU!

Bacaan Lanjut
Coach Ipoh

COACH PLAY IPOH KINI DIBUKA

Bacaan Lanjut