BARISAN ARTIS K-POP DI KARPET MERAH GOLDEN DISC AWARDS 2026 — JENNIE, CORTIS, STRAY KIDS
Golden Disc Awards 2026 kembali mencuri perhatian dunia K-pop dengan barisan artis bermula dari pentas karpet merah.
Golden Disc Awards 2026 kembali mencuri perhatian dunia K-pop dengan barisan artis yang bukan sahaja mendominasi carta, tetapi juga menguasai karpet merah dengan aura bintang yang luar biasa. GDA 2026 diiktiraf sebagai antara anugerah paling adil, berprestij dan berpengaruh dalam industri muzik Korea. Golden Disc Awards 2026 akan dikendalikan oleh pengacara popular Sung Si Kyung bersama pelakon jelita Mun Ka Young. Malam anugerah ini meraikan karya-karya terbaik dalam dunia K-pop sepanjang tempoh November 2024 hingga November 2025, menghimpunkan pencapaian muzik yang membentuk era semasa.
Barisan artis yang telah menggegarkan pentas persembahan malam gemilang itu terdiri daripada nama-nama besar seperti Jennie, MONSTA X, IVE, ENHYPEN, Stray Kids, ZEROBASEONE, LE SSERAFIM dan ramai lagi. Setiap persembahan dijangka menjadi sorotan dengan gabungan produksi bertaraf dunia, koreografi bertenaga dan visual yang memukau. Tidak hanya tertumpu kepada dunia muzik, Golden Disc Awards 2026 turut diserikan dengan kehadiran bintang drama Korea Byeon Woo Seok, Ahn Hyo Seop dan Song Joong Ki sebagai penyampai anugerah, bersama selebriti Taiwan Jolin Tsai dan Hsu Kuang Han, menjadikan acara ini simbol pertemuan budaya hiburan Asia di satu pentas.
Kemenangan Daesang Buat Stray Kids, Jennie dan G-Dragon
Acara berprestij ini turut menyaksikan kemenangan besar buat beberapa nama utama industri, dengan Anugerah Daesang Album of the Year dirangkul oleh Stray Kids, mengukuhkan status mereka sebagai antara kumpulan paling berpengaruh generasi ini. Anugerah Daesang Artist of the Year pula menjadi milik Jennie dengan lagunya Like Jennie. Ia membuktikan kuasanya sebagai ikon solo yang terus mendominasi carta. Walaupun tidak hadir, G-Dragon tetap merangkul Anugerah Song of the Year dengan lagu HOME SWEET HOME (feat. Taeyang, Daesung).
Barisan artis K-Pop ini turut menghiasi karpet merah Golden Disc Awards 2026 dengan gaya dan aura mereka yang tersendiri. GLAM Lelaki senaraikan 18 kumpulan dan artis K-Pop yang melangkah ke pentas karpet merah Golden Disc Awards 2026 dengan penuh elegan.
#1 Monsta X

#2 Jennie

#3 Stray Kids

#4 ATEEZ

#5 ENHYPEN

#6 IVE

#7 LE SSERAFIM

#8 BOYNEXTDOOR

#9 ZEROBASEONE

#10 TWS

#11 NCT WISH

#12 ARrC

#13 izna

#14 ZO ZAZZ

#15 KiiiKiii

#16 CLOSE YOUR EYES

#17 ALL DAY PROJECT

#18 CORTIS

Beberapa momen-momen tular di GDA 2026 turut menjadi bualan ramai seperti reaksi selebriti terhadap persembahan Jennie, persembahan mengejutkan dari Bang Chan (Stray Kids) serta angtal challenge dari ENHYPEN.
@crtiseditss Stray kids reaction to jennie golden disc awards 2026 #jennie #straykids #kpopfyp #jennie #jennieedit
@joonlogy Part 661| Bang Chan of Stray Kids on stage at the Golden Disc Awards, causing the live views to jump by 200,000. #straykids #bangchan #gda2026 #goldendiscawards #foryou
@hoonice7 JAYHOON HELP😭😭😭 golden disc awards 2026 #enhypen #sunghoon #jay
Pautan berkaitan: BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.





