BEARD JEWELLERY? ARE WE READY FOR THIS?

Beard jewellery atau barang kemas untuk jambang. Mungkin agak janggal bukan? Sekiranya kaum lelaki menyimpan jambang untuk kelihatan lebih tanjak dan maskulin, kini timbul pula trend menghiasinya dengan barang kemas yang tidak pasti sama ada ianya kena atau tidak dengan keseluruhan konsep perapian jambang. So, are we ready for this?
Kenapa ia penting?
Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua lelaki dan wanita dari pelbagai budaya bersetuju bahawa lelaki berjambang kelihatan lebih matang, kuat, menarik, dan status sosialnya yang lebih tinggi berbanding lelaki yang mencukur licin. Namun, jambang yang dibiarkan tidak terurus adakalanya membosankan. Dan ramai yang berpendapat dengan mengenakan aksesori tambahan membantu lelaki untuk menjaga jambang mereka dengan lebih rapi. Agree?
Hasil idea Krato Milano.
Di saat anda merasakan trend perapian jambang akan berkubur, kini syarikat rekaan Itali, Krato Milano tampil dengan rekaan barang kemas yang direka khas untuk mereka yang berjambang. Ia menawarkan beberapa jenis rekaan yang boleh ‘dipasangkan’ di janggut bagi memberikan kelainan. Mereka percaya ia bukan saja menonjolkan jambang anda, malah mampu memicu kuasa keyakinan sang pemakai.

Rekaan klip kecil yang didatangi dengan pelbagai bentuk dan saiz ini bukan saja direka untuk kempen media sosial mahupun pertunjukan fesyen atas pentas, namun lebih kepada pengunaan harian di mana mereka mahu pemakai untuk memakainya ketika berjalan di mall mahupun ketika berbaris membeli kopi di Starbucks.
Dibina dengan asas logam spring, Krato Milano telah mengeluarkan tiga jenis rekaan berbentuk tengkorak dan sauh (emas dan perak) disertakan dengan kristal kecil, dan satu koleksi terhad dimana klip itu disambungkan dengan seutas rantai.
Penerimaan positif
Sama ada kita sudah bersedia atau tidak, konsep ini seakan dilihat berjaya dan mula mendapat tempat di kalangan kaum lelaki berjambang. Ini kerana kempen Kickstarter yang dirancang syarikat ini mula mendapat perhatian di mana dalam tempoh beberapa bulan, keuntungan semakin memihak kepada mereka (7,000 euros).
Tambahan pula, ia tidaklah murah di mana satu klip kecil dijual dengan harga US$34. Sekiranya anda tidak berjambang, mungkin anda tidak sanggup berhabis demi satu klip kecil, namun sekiranya ya, mungkin merasakan sudah tiba masanya untuk mencari satu kelainan. Apa kata anda?

Photo credit: Krato Milano FB Page
Tags
Artikel Yang Berkaitan
OSCAR YUHANG: FESYEN, GAYA DAN PERSONALITI
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.











