Filem pendek David Beckham & UNICEF
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin

David Beckham & UNICEF
Bintang bola sepak terkenal David Beckham membintangi filem pendek UNICEF (The United Nations Children’s Fund), iaitu sebahagian dari usaha dalam kempen #ENDviolence bagi menamatkan keganasan dan penderaan terhadap kanak-kanak. Seorang ikon yang dikenali dengan koleksi tatu manghiasi badannya, David meminjamkan anggota badannya selaku kanvas dalam filem pendek ini untuk menyampaikan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak yang didera.
‘Violence Can Mark The Children’ adalah tajuk filem pendek berdurasi seminit itu yang menampilkan David Beckham duduk di sebuah sudut gelap di mana tatu di keseluruhan tubuhnya mengambarkan beberapa unsur keganasan yang dihadapi hampir 6 daripada 10 kanak-kanak di seluruh dunia, berdasarkan dari laporan UNICEF.
Duta Muhibbah
Kebelakangan ini, David yang memiliki 4 orang anak cukup aktif dalam memainkan peranannya sebagai duta muhibbah UNICEF. Antaranya, beliau baru saja melancarkan tabung kutipan 7: The David Beckham UNICEF Fund, melawat mangsa penderaan kanak-kanak di Cambodia serta menghadiri mesyuarat Bangsa-Bangsa Bersatu memanggil para pemimpin dunia untuk mengutamakan kanak-kanak sebagai sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Mampan Global.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.











