BERGAYA SAMBIL BERAMAL DENGAN KOLEKSI MODERN NOSTALGIA DARI VOLKSWAGEN & TARIK JEANS
Memasuki dekad baru ini, mampukah kita untuk menutup sebelah mata terhadap isu alam sekitar? November lalu, rakyat digegarkan dengan berita rasmi bahawa spesies badak Sumatera sudah pun pupus, berikutan kematian Iman, badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia.
Tambahan lagi, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan, 2018) merekodkan sebanyak 26 spesies haiwan di Malaysia kini tergolong dalam kategori haiwan terancam. Termasuk seladang (150-200 ekor), harimau belang (kurang 200 ekor), kambing gurun (200-500 ekor) dan tapir (700-800 ekor).

Kolaborasi Istimewa
Dalam usaha untuk memupuk kesedaran terhadap ancaman kepupusan Malayan Tapir, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah bekerjasama dengan jenama pakaian denim jalanan tempatan, Tarik Jeans untuk melancarkan koleksi kapsul eksklusif Modern Nostalgia. Sebanyak 50 peratus daripada hasil jualan koleksi ini akan disalurkan kepada Hutan Simpan Kenaboi, Negeri Sembilan pada Hari Tapir Sedunia, 27 April kelak.
“Malayan Tapir sentiasa menjadi sebahagian daripada estetika rekaan Tarik,” jelas Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tarik Jeans, Afiq Iskandar. “Jadi ia telah ditambah menjadi logo jenama (tambahan kepada logo utama mamak ‘teh tarik’) – kedua-duanya dicipta selari dengan falsafah jenama kami. Bagi meraikan ulang tahun ke-10 Tarik, kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama automotif yang inovatif seperti Volkswagen.”

Merangkumi item-item fesyen termasuk kemeja-T (RM79), topi (RM99), bandana (RM39), beg tote (RM35), rantai kunci (RM15) dan pelekat pakaian (RM19 satu set), koleksi edisi terhad ini mencerminan elemen penting kedua-dua jenama terlibat, yang memperlihatkan model-model ikonik dan moden Volkswagen digabungkan bersama elemen rekaan vintaj dan klasik tempatan.

Sinergi Ikonik
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter nyata teruja dengan kolaborasi istimewa ini. “Tunjang utama Volkswagen adalah kelestarian. Kumpulan Volkswagen telah banyak melabur ke dalam usaha ini menerusi lebih 500 projek kelestarian di seluruh dunia. Kami berbesar hati kerana berpeluang memainkan peranan dalam projek yang penuh makna ini. Sudah pasti, kami tidak akan berhenti di sini dan terus mencari jalan untuk menyumbang ke arah perubahan yang lebih baik.”

“Malayan Tapir merupakan spesis terancam di sini, selain harimau Malaya, gajah Borneo dan orangutan. Sebagai ‘penjaga hutan hujan’, tapir memainkan peranan penting dalam mengekalkan kepelbagaian biologikal habitat. Ini kerana ia membantu menyebar dan menyuburkan benih yang amat diperlukan untuk pertumbuhan pokok-pokok,” tambahnya lagi.
Hasil sinergi dua jenama ikonik ini menerapkan estetika model-model Volkswagen dan kecenderungan Tarik terhadap skim rekaan retro-futurisme Malaysia ke dalam koleksi Modern Nostalgia.

Koleksi terhad ini mula dijual hari ini, dan boleh didapati di laman web Volkswagen Malaysia dan Tarik Jeans, Shopee, Zalora, juga di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











