Skip to content

BIRKENSTOCK PERKENAL KONSEP KEDAI TERBAHARU DI 1 UTAMA

BIRKENSTOCK PERKENAL KONSEP KEDAI TERBAHARU DI 1 UTAMA

Kongsikan artikel ini

BIRKENSTOCK Malaysia dengan bangganya mengumumkan pembukaan semula butik 1 Utama dengan konsep runcit serba baharu.

Ini merupakan kedai yang pertama seumpamanya di Malaysia buat BIRKENSTOCK. Rekaan yang diperbaharui ini menampilkan pengalaman BIRKENSTOCK 1 Utama yang lebih segar. Menghidupkan warisan serta pertukangan jenama melalui penggunaan material semula jadi dan elemen reka bentuk yang teliti. Terletak di pusat konsep ini adalah Footbed ikonik BIRKENSTOCK, asas bagi setiap pasang sandal jenama tersebut. Falsafah produknya diterjemahkan ke dalam ruang dalaman melalui penggunaan bahan asli dan lestari. Contohnya seperti gabus, kulit, dan kayu. Ia mencerminkan komitmen jenama terhadap kualiti, keselesaan dan kelestarian.

Birkenstock 1 Utama

Salah satu tarikan utama ialah Brand Timeline, dipamerkan pada tiang tengah butik. Ciri ini merakam perjalanan lebih 250 tahun sejarah dan evolusi Birkenstock. Ia memberikan pengunjung pengalaman visual mengenai detik-detik penting yang membentuk identiti jenama. Kedai kali ini turut menjadi simbol dedikasi berterusan Birkenstock terhadap ketukangan, mutu, dan inovasi.

Konsep Baharu BIRKENSTOCK 1 Utama

Dibangunkan oleh pasukan reka bentuk runcit dalaman BIRKENSTOCK, konsep baharu ini hadir selepas lima tahun dengan arah rekaan sebelumnya. Hasilnya, ruang yang lebih segar yang menampilkan nilai teras jenama. Pertukangan, material semula jadi, serta Footbed yang terkenal di seluruh dunia. Semua ini sambil meraikan lebih dua setengah abad warisan pembuatan kasut.

“Dengan pembukaan semula butik 1 Utama, kami berbesar hati memperkenalkan konsep kedai terbaharu di Malaysia, sebuah ruang yang menggabungkan warisan dan inovasi BIRKENSTOCK,” kata Evelyn Chua, Pengarah Urusan Asia Tenggara dan Downunder. “Matlamat kami bukan sekadar mencipta ruang runcit, tetapi sebuah persekitaran yang benar-benar menghayati jiwa BIRKENSTOCK. Daripada pertukangan, bahan, hingga keselesaan abadi yang menjadi identiti kami.”

Birkenstock 1 Utama

Bagi meraikan pembukaan semula ini, butik tersebut dihidupkan dengan pelbagai aktiviti yang meraikan ekspresi diri dan pertukangan, dua nilai utama BIRKENSTOCK. Tetamu menikmati sesi lukisan potret secara langsung yang menangkap gaya peribadi mereka. Manakala stesen personalisasi memberi peluang untuk menghias sandal mengikut cita rasa masing-masing. Ini menjadikan setiap pasang sebagai lambang kreativiti dan keunikan. Selaras dengan kepercayaan BIRKENSTOCK bahawa keselesaan dan gaya adalah sesuatu yang sangat peribadi.

Pautan berkaitan: TOMMY HILFIGER RAIKAN ‘A HILFIGER HOLIDAY’ BERSAMA BINTANG T-WAVE POND, PHUWIN, GEMINI DAN FOURTH

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLEKSI BIRKENSTOCK 1774 SEMPENA TAHUN BARU

KOLEKSI BIRKENSTOCK 1774 SEMPENA TAHUN BARU

Bacaan Lanjut
SANDALS

10 SANDAL LELAKI YANG MENGGABUNGKAN KESELESAAN, GAYA DAN FUNGSI UNTUK 2024

Bacaan Lanjut