BOLDER & BOLDER!
BERTUNJANGKAN HELAIAN MUSIM LURUH 2016, GLAM LELAKI MEMAPARKAN TAKTIK BERGAYA BOLD YANG TERASING DARIPADA ASOSIASI MUSIM LURUH. SERINGNYA PALET NEUTRAL DAN GAYA RINGKAS MENDOMINASI. TIBA MASANYA BERANI BEREKSPERIMEN IMEJ YANG LEBIH BERKARAKTER LANGSUNG MENTERJEMAHKAN LANGKAH MODENISASI LELAKI ALFA.
Teks, Penyelaras & Penata Gaya: Johan Kassim Grooming: Emmy Agung Gambar: Raisa Nor Azzam Model: Diogo A (Andrews Models)
Kot bulu

Kot bulu ini cukup WOW sekali. Benar-benar outstanding. Tetapi bukan outstanding yang dibuat-buat. Sarung sahaja, ia pasti mencuri tumpuan dan pembaharuan gaya yang diinginkan akan mudah dikecapi. Agak bosan kut dengan kot labuh tradisional seperti camel coat, kot hitam dan kot warna olive green, kami lihat kot bulu Bally ini sebagai escapism gaya lelaki. Ia mampu membuatkan lelaki lari daripada norma biasa dan menyalurkan attitude tersendiri. Opsyen berani buat si lelaki untuk mencipta sedikit pengubahsuaian dalam penampilan. Taktik sempurna bagi lelaki mahu tampil ‘bold’ musim ini. Semuanya daripada Bally.
Layering over the top

Stail layering tak mungkin dapat diasingkan daripada gaya musim luruh. Selain kot labuh atau jaket parka, jaket varsity Love Moschino ini juga boleh dijadikan tunggak utama sekiranya ingin mencipta gaya layering. Semangat sukan dan ‘nonchalant’ terbias sempurna menerusi teknik layering ini. Sesuatu gaya baru mesti cuba buat lelaki melangkah ke musim baru. Jaket varsity: Love Moschino. Baju kait, seluar & skaf: Burberry.
atas bold bawah ringkas

Penyatuan gaya bold dan ringkas ini menggambarkan dimensi baru gaya lelaki. Khusus buat lelaki yang masih belum berani bergaya bold sepenuhnya, bolehlah mulakan dengan opsyen mencuba helaian atas sahaja bold dahulu. Dipadankan dengan seluar ringkas. Seperti jaket ala militari Versus Versace ini digubah lebih menonjol dengan perincian bulu pada bahagian kolar. Nampak lebih ‘attitude’. Lengkapkan dengan menyarung seluar jeans hitam. Seperti stail bintang rock pun ada ya? Semuanya daripada Versus Versace.
SILUET BARU

Baju panas Bottega Veneta ini menyusun satu bentuk gaya baru. Pada kami, helaian tersebut mencipta sesuatu yang selesa untuk lelaki kala dingin. Tidak terlalu tertumpu pada gaya berkot mendatar, sebaliknya memberikan tenaga pada gaya. Secara kasarnya, look ini taklah terlalu bold, tetapi siluet dan potongannya yang cukup jelas menceritakan estetika uniknya. Pasti menjadi pilihan buat lelaki gemar look yangsedikit subtle and refined. Semuanya daripada Bottega Veneta.
GAUCHO VIBES

Jaket denim dilengkapi sherling tebal paling sesuai digayakan pada musim sejuk. Lagipun, jaket ini bukan jaket denim biasa, ia memiliki ajnas cool patches pada permukaan jaket. Banyak penegasan dari aspek fabrication. Tebal dan kualiti pun boleh tahan hebatnya. Dan itulah yang kita mahukan! Sesuatu yang unik, cool dan percubaan baru terhadap fesyen lelaki. kalau terasa penegasan melampau, mungkin ‘tone down’ dengan aksesori ringkas? This could be the coolest fall’s outerwear. Semuanya daripada Gucci.
crazy prints & coloUrs

Gucci Musim Luruh 2016 olahan Alessandro Michele antara himpunan terbaik musim ini. Alessandro Michele ternyata membawa perubahan drastik juga positif terhadap penciptaan Gucci. Mencari rekaan ‘loud’? Gucci menawarkan segalanya yang ‘loud’, daripada jaket, beg, topi sehinggalah kasut. Tracksuit Gucci sarat cetakan ini diperindah dengan hiasan bunga pada bahagian depan jaket, lantas melambangkan era baru Gucci. Karikatur Peanuts yang ditampilkan pada singlet menyunting elemen ‘playful’. Bergaya ‘bold’ dengan menyarung tracksuit Gucci ini menguasai sesuatu yang segar untuk arena fesyen lelaki. Semuanya daripada Gucci.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SEBAB KOLEKSI MUSIM BUNGA 2023 UNIQLO U ADALAH KOLEKSI ASAS TERBAIK.
Koleksi UNIQLO U yang terbaru mengilhami tema ‘A Sense of Ease’, mewujudkan tampilan sederhana yang moden.
IDEA STAIL TAHUN BARU DARI LOEWE
What to buy this month? Semak beg Bunny LOEWE yang cukup istimewa, langsung menyuntik semangat tahun baru yang optimis dalam penampilan.
10 GAYA TERBAIK DI CRITICS’ CHOICE AWARDS 2023
Selepas Golden Globes, karpet merah majlis anugerah terus dimeriahkan dengan acara Critic’s Choice Awards ke-28 yang berlangsung semalam.
GOLDEN GLOBES 2023: FESYEN KARPET MERAH TERBAIK
Anugerah Golden Globe kembali dengan penampilan fesyen yang lebih memukau mata berbanding tahun-tahun sebelum ini.
POTONG STIM MULUT BERBAU! INI TIP PENCEGAHANNYA
Alamak muka kacak, nampak macam segak tetapi mulut berbau pula. Fail betul! Jadi, usah biarkan masalah bau mulut bermaharajalela kerana takut membuatkan orang disekeliling anda mula tidak selesa dan lama kelamaan menjauhi anda. GLAM Lelaki kongsikan cara untuk atasinya dengan segera dan mudah.
CAI XUKUN, BINTANG ASIA SAMBUT TAHUN BARU LUNAR BERSAMA PRADA
Bintang terkemuka Asia terpilih menghiasi kempen Prada dedikasi Tahun Baru Lunar 2023.