BOSS LEGEND SERIES, INSPIRASI GAYA FREDDIE MERCURY
SERLAHKAN GAYA MUSIM INI DENGAN PENAMPILAN BERPADU KOLEKSI KAPSUL BOSS BERINSPIRASIKAN LEGENDA MUZIK FREDDIE MERCURY. NYATANYA NADA KASUAL TERCIPTA PADA KOLEKSI INI.
BOSS persembahkan koleksi kapsul unik yang meraikan karakter, visi dan semangat penyanyi ikonik, penulis lagu dan penghibur Freddie Mercury. Prinsip yang dikongsi antara jenama dan pemuzik tersebut, menyimbolkan semangat baru untuk menentang sifat konvensional, menjalani kehidupan mengikut prinsip sendiri dan menjadi BOSS anda sendiri.
Diinspirasikan oleh ikon dahulu dan sekarang, siri BOSS Legends dilancarkan baru-baru ini dengan koleksi yang diilhamkan oleh Muhammad Ali dan akan diteruskan dalam untuk musim-musim akan datang. Setiap koleksi diilhamkan oleh individu ikonik, dengan sebahagian daripada keuntungan jualan akan disumbangkan kepada badan amal yang menjadi pilihan mereka.
Koleksi ini telah tiba di butik sejak Jun. Maka BOSS mempersembahkan koleksi terhad yang memberi penghormatan kepada pemuzik luar biasa, pemain yang mengubah haluan muzik semasa dan ikon penuh inspirasi, Freddie Mercury. Koleksi kapsul merangkumi helaian asas bercetak imej Freddie Mercury dalam konsep hitam dan putih.
Setiap cetakan disertakan dengan autografnya juga logo BOSS dan motif autograf yang dicipta khas. Rekaan yang menjadi fokus ialah kemeja-T yang dicetak dengan petikan daripada Freddie yang menyemati semangat siri BOSS Legends dengan sempurna. “I’m not going to be a star. I’m going to be a legend!”
Rekaan eksklusif boleh didapati dalam warna hitam, putih atau kuning terang yang diilhamkan oleh jaket yang dipakai oleh Mercury semasa lawatan terakhirnya bersama Queen pada tahun 1986, antara momen fesyen yang paling ikonik. Momen tersebut turut melambangkan kegemilangan Mercury dalam memecahkan ketradisionalan gaya golongan lelaki waktu itu.
Artikel berkaitan: NB FOR JADEN SMITH VISION RACERS, TARUHAN DUA WARNA EPIK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?
Ketahui bagaimana trend avant-garde ini mencabar norma minimalisme dan menentukan masa depan gaya lelaki yang lebih berani serta artistik.
OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II
OMEGA Speedmaster X-33 mengiringi kru Artemis II ke Bulan. Teroka jam tangan titanium NASA dengan enjin Calibre 1666 yang jitu.
TRANSFORMASI BADAN SHAH JASZLE. LEBIH SIHAT, YAKIN DAN BERTAMBAH KACAK!
Transformasi sihat dan bentuk badan pelakon, Shah Jaszle merupakan satu perjalanan inspirasi yang mencerminkan disiplin dan kesungguhan.















