Skip to content

BRAUN BÜFFEL ‘MICRO/MACRO’, AKSEN SEGAR & MODEN

BRAUN BÜFFEL ‘MICRO/MACRO’, AKSEN SEGAR & MODEN

Kongsikan artikel ini

BRAUN BÜFFEL SELANGKAH KE HADAPAN DENGAN PERSPEKTIF BAHARU. MENGKREASIKAN DERETAN BEG DENGAN RAGAM RUPA YANG AKRAB DENGAN TAMPILAN URBAN. MENYEMARAKKAN LAGI TREND AKSESORI LELAKI MELALUI ‘MIKRO/MAKRO’.

 

Untuk koleksi musim luruh/sejuk 2021, Braun Büffel mengajak kita untuk menjelajah ke luar ruang pemikiran dan mahu minda kita mengembara-untuk mencari kebarangkalian yang bagai tiada penghujungnya. Dan bereksperimen teknik pembuatan dengan kemasan yang indah dan berkonstruksi dengan nafas gaya yang autentik. 

Sebagai sebahagian daripada koleksi terbaru Braun Büffel, ‘Mikro/Makro’, sebuah idea yang dilahirkan oleh Pengarah Kreatif, Fabio Panzeri, mengupas tema kontras, mendorong minda untuk melihat dunia dengan perspektif yang luas. Dengan menampilkan corak dan nilai seni  yang tidak terbatas, pada rekaan musim ini. 

 

 

Mengambil pendekatan “Metamodernism”, terinspirasi dari teknik pembuatan kulit dari Itali, bergabung dengan kejuruteraan Jerman dan inovasi seni bina untuk menghadirkan rangkaian bersifat klasik, namun berjajaran berani. Menyuguhkan prinsip Braun Büffel akan pentingnya ekspresi diri. 

Koleksi ‘Mikro/Makro’ bernaung di dalam elemen-elemen warna dan tekstur, memberikan aksen-aksen segar dan moden pada tiap rekaan terkandung. Faktor moden menjadi cermin relevansi khusus koleksi ini. Dan berhasil mempertahankan kesan klasiknya dengan kecemerlangan kejuruteraan Jerman. Salah satu kunci gaya koleksi ‘Mikro/Makro’ adalah Baye, merangkumi beg praktikal maksimal. 

 

BAYE

Baye, metafora untuk pergerakan dan simbol kepada tenaga. Koleksi ini disatukan untuk saling berjalin, dengan perpaduan geometri yang terlihat ‘timeless’. Warna asas yang membalut rangkaian beg Baye mendukung sifat versatil dan bisa dikenakan sepanjang masa serta dipadankan dengan ragam gaya pakaian. 

Baye dilengkapi penutup atas V-Cut yang tidak simetri, diikat mudah dengan Fidlock untuk daya tahan beg yang kukuh. Hadir dalam kemasan seramik hitam. Ditonjolkan imejan laser warna kuning neon yang kontra, lagaknya sebagai butiran tambahan. 

 

 

Ukurannya cukup untuk membawa kelengkapan asas. Termasuk gajet mini. Selain itu, ia juga memiliki ruang poket yang banyak, bertujuan memancarkan elegansi dengan fungsi maksimal. Tali sandang yang kukuh, menguji daya tahan beg, memberi alasan Baye merupakan satu pelaburan fesyen yang bijak. 

Setiap rekaan dari koleksi ini cukup terdepan, memikat penggemar fesyen sama ada digayakan sendiri atau berpadanan dengan aksesori dari rangkaian lain. Ragam rupa Baye nyata dikhususkan untuk golongan bercita rasa dengan identiti gaya yang tersendiri.

Semak item lain dari koleksi Micro/Macro;

1 of 4

 

ITEM LAIN PILIHAN GLAM LELAKI

 

B.SQUAD

Dengan nada hitam yang berani dan gabungan utiliti nilon yang dikitar semula dengan material kulit Nappa, siri B. Squad adalah pendamping ideal untuk pengembara muda yang serba aktif.  Siri beg B.Squad dicipta secara teliti berpegang pada ideologi kelestarian fesyen. B.Squad menggabungkan elemen stail, kefungsian dan keselesaan pada satu rekaan yang sama.

1 of 4

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

‘THIS IS FAMILY’, TARUHAN MANGO KOLEKSI MUSIM LURUH 2021

‘THIS IS FAMILY’, TARUHAN MANGO MAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2021

Bacaan Lanjut

LESLIE PNG, CITA RASA FESYEN SEBAGAI INFLUENCER

Bacaan Lanjut

“SAYA BERASA SEPERTI TIADA ARAH TUJU SELEPAS ALBUM PERTAMA SAYA.” – JEREMY ZUCKER

Bacaan Lanjut
UNIQLO BERKOLABORASI BERSAMA MUSEE DU LOUVRE

UNIQLO BERKOLABORASI BERSAMA MUSEE DU LOUVRE

Bacaan Lanjut
GL SEPT 2021: SYAFIQ KYLE

GL SEPT 2021: SYAFIQ KYLE, TENTANG SUKSES & SOLIDARITINYA DALAM DUNIA SENI

Bacaan Lanjut
LOUIS VUITTON VENDÔME FLEX

LOUIS VUITTON VENDÔME FLEX, KLASIK NAN ELEGAN

Bacaan Lanjut