BROOKLYN BECKHAM & NICOLA PELTZ TAMPIL SEDONDON DI MINGGU FESYEN LONDON
Pasangan merpati dua sejoli, Brooklyn Beckham dan Nicola Peltz tahu bagaimana untuk mencuri perhatian orang ramai.
Baru-baru ini mereka membuat kemunculan di pertunjukan fesyen Burberry pada Minggu Fesyen London sambil menggayakan persalinan sedondon daripada jenama Britain itu.
Brooklyn, 25, menyarung celana parachute longgar bersama baju sepadan dalam motif ikonik Burberry. Sementara itu isterinya Nicola, 30, memadankan celana labuh daripada jenama itu bersama jaket motosikal kulit rona hitam. Beg berwarna sedondon melengkapkan gayanya.

Foto: Getty Images
Pasangan itu merupakan antara tetamu kelas-A yang hadir ke pertunjukan Burberry, termasuk Kim Cattrall, Georgia May Jagger dan ibunya Jerry Hall, Orlando Bloom serta Camila Mendes.
Lebih ramai selebriti berjalan di pentas fesyen jenama itu termasuk Naomi Campbell serta pelakon Jason Isaacs, Richard E. Grant dan Elizabeth McGovern.

Foto: Getty Images
Inspirasi Gaya Isteri Brooklyn Beckham
Brooklyn dan Nicola sememangnya gemar berpakaian sedondon sejak menjalin hubungan cinta. Malah ada masanya aktres Lola itu akan meniru stail ibu mentuanya, Victoria.
Seperti pada Oktober 2024 di mana Nicola tampil dengan gaya rambut bob berwarna coklat, mencedok inspirasi gaya Posh Spice pada tahun 90-an.
Tahun lalu dia turut menggayakan jaket motosikal Dolce & Gabbana vintaj sama yang pernah dipakai Victoria sewaktu menghadiri permainan bola sepak bersama Brooklyn ketika dia masih kecil.

Foto: Backgrid

Foto: Getty Images
Dengan berakhirnya Minggu Fesyen London dan kemunculan Minggu Fesyen Paris, pasangan itu dijangka akan hadir memberi sokongan kepada Victoria pada pertunjukan koleksi barunya.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BROOKLYN BECKHAM LANCAR SOS BBQ – INSPIRASI BARU DARI DUNIA MASAKAN
Brooklyn Beckham melancarkan sos panas BBQ Sauce, gabungan rasa pedas dan manis yang diinspirasikan dari minatnya dalam dunia masakan.
MAJLIS PERKAHWINAN MEWAH BROOKLYN BECKHAM & NICOLA PELTZ MENGUNDANG KECAMAN
Perkahwinan mereka berlangsung dalam satu majlis serba mewah di hartanah menghadap laut milik keluarga Nicola yang bernilai RM435 juta.
BROOKLYN BECKHAM MENITI HARI BERGELAR SUAMI KEPADA NICOLA PELTZ
Lapan belas bulan bergelar tunangan, Brooklyn Beckham dan Nicola Peltz dilaporkan sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan.
5 SELEBRITI POPULAR YANG PERNAH DIKAITKAN DENGAN MODEL, ANWAR HADID
Kisah peribadinya jarang dihebahkan kepada umum, pasti anda tertanya siapakah wanita yang pernah bertakhta di hatinya...
5 MODEL LELAKI YANG MEWARISI BAKAT IBU BAPA MEREKA
Mereka merupakan model generasi baharu yang kini muncul di pentas peragaan, dada majalah dan kempen kecantikan ternama.
BROOKLYN BECKHAM & NICOLA PELTZ TELAH BERKAHWIN SECARA SENYAP?
Brooklyn Beckham dirakam memakai cincin emas di jari manis tangan kiri sewaktu membeli-belah di butik El Lay beberapa hari lalu.