BTS DAN LOUIS VUITTON GABUNG TENAGA DI KOREA
BTS membuat kemunculan perdana mereka di acara Louis Vuitton selaku duta baru jenama Paris itu.
Meneruskan semangat DNA kembara yang kuat oleh Louis Vuitton, maka pasukan dibawah bimbingan Virgil Abloh merlabuh di Korea. Ini adalah sempena untuk mempertunjukkan semula koleksi musim luruhnya pada komuniti global. Selari juga dengan asas koleksi lelaki musim luruh Louis Vuitton 2021 yang bertemakan kepelbagaian budaya. Pertunjukan semula ini berlangsung di Art Bunker B39, dengan set 5 tingkat setinggi 29 meter dibina khas buat pertunjukan ini.
Pengarah filem Jeon Go-Woon dijemput untuk menghasilkan video menggabungkan model bersama ahli pasukan BTS. Video ini mewujudkan bicara tentang ruang, gerakan dan hubungan global dalam waktu kita sekarang. Paparan bandar Seoul diberikan dalam nada yang lebih kepelbagaian. Go-Woon terdahulu pernah mengarahkan filem Microhabitat. Muzik amat penting buat Abloh, maka soundtrack asli diperdengarkan khas buat acara pertunjukan semula ini. Ia garapan kreatif Cifika, Kim Kate dan Net Gala.
Buat pertunjukan semula koleksi musim luruh 2021 ini mempunyai 41 gaya baru yang direka khas oleh Virgil Abloh. Tujuh daripadanya disarungkan oleh duta rumah fesyen ini yakni Jung Kook, J-Hope, V, RM, Jin, Suga and Jimin. Melalui koleksi ini, seni trompe l’oeil menjadi perincian penting seperti butang baju di buat menyerupai kapal terbang dan kerongsang bunga besar disemat pada kot bulu.
koleksi ini menguatkan lagi semangat ‘The Voyage’ yang menjadi paksi penting Louis Vuitton. Himpunan ini diterbangkan ke lokasi global, mengikut kehendak komuniti setempat. Lari daripada gaya mengikut musim yang dilihat tradisional, Abloh bijak menarik hati klien global yang bersifat inklusif.
LIHAT IMEJ ESKLUSIF BTS DALAM HELAIAN LOUIS VUITTON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LOUIS VUITTON MENJADI RAKAN RASMI FORMULA 1
Rumah fesyen mewah Louis Vuitton telah mengumumkan perkongsian bersejarah selama 10 tahun dengan Formula 1, menjadikannya Rakan Rasmi.
CHIC, ATHLETIQUE, LEMBARAN FESYEN KOLEKSI CRUISE 2024
Lembaran fesyen terakhir 2024, menampilkan ceraian-ceraian hangat koleksi Cruise 2024. Dari Louis Vuitton, Prada ke Celine.
KENALI BYEON WOO SEOK, AKTOR LOVELY RUNNER YANG KINI MENJADI KEGILAAN
Byeon Woo Seok bukanlah wajah baru dalam industri hiburan Korea tetapi nampaknya 2024 adalah tahun untuknya bersinar.
KEHIDUPAN SONG JOONG KI DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA
Sama seperti anak lelaki sulungnya, cahaya mata kedua Song Joong Ki turut dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali.
ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU
ALO YOGA menyunting JIN BTS sebagai duta rasmi. Membuka lembaran untuk pengembangan pasaran yang penuh keterujaan di Korea Selatan.
SELEBRITI KOREA MENGGEGAR MILAN FASHION WEEK 2024
Milan Fashion Week 2024 dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dari serata dunia, termasuklah Korea Selatan.