BURBERRY TB SUMMER MONOGRAM, SEMARAK GAYA MUSIM PANAS
KOLEKSI BURBERRY TB SUMMER MONOGRAM MENAWARKAN RAGAM ITEM ASAS KHUSUS LIBURAN ATAU BERSANTAI UNTUK MENYEMARAKKAN TAMPILAN SEHARI-HARIAN SEPANJANG MUSIM PANAS. KEMPENNYA DIHIASI OLEH WAJAH SUPERMODEL, NAOMI CAMPBELL.
Burberry melanjutkan evolusi koleksi TB Summer Monogram, yang direka oleh Ketua Pegawai Kreatif Riccardo Tisci, dengan kempen baru yang dibintangi Naomi Campbell yang sangat ikonik, merayakan idea dan semangat optimisme musim baru, seiring semaraknya musim panas.
Menyuguhkan gagasan dualitas dan dua perspektif yang berbeza, kempen ini menyelusuri kembara antara dua dunia, menyatukan visual bersama keperkasaan teknologi CGI, hasil karya jurugambar, Danko Steiner.

Penghasilan kempen disempurnakan oleh artis visual Frederik Heyman, yang bertanggungjawab untuk menambah efek juga mencipta versi CGI Naomi Campbell pada imej kempen. Kombinasi yang indah, menyatukan elemen alam dan teknologi dalam perspektif baru yang berkonsep futuristik.
Visi futuristik, harmoni menghubungkan ketenangan dan pengembaraan, lantas menyuntik inspirasi kepada kita untuk berfantasi, mengolah identiti untuk tampil berani dan keluar dari zon selesa. Ia turut membawa kedalaman serta sisi kontras yang terdapat pada individu juga dalam sebuah konsep. Burberry sentiasa tampil terdepan dan unik dalam konteks apapun, maka itu jenama tersebut kekal unggul dalam lapangan fesyen.
“Untuk koleksi TB Summer Monogram ketiga saya, saya ingin meraikan keseimbangan warisan kita dengan pentingnya untuk sentiasa berkembang dan berevolusi ke hadapan. Koleksi ini adalah refleksi gaya musim panas yang optimis dan momentum berterusan, kegembiraan untuk setiap yang akan datang,” ungkap Riccardo Tisci.

Sebagai refleksi kepada Thomas Burberry (pengasas Burberry), initial TB ditampilkan dalam corak monogram, disegarkan pula dengan suntikan warna baru yang mengilhami musim panas, termasuk biru kobalt, biru tua dan kelabu yang cerah. Koleksi yang bersifat ringan, namun bersiluet sukan bercetak sarat dengan monogram Thomas Burberry. Sekali gus, menggemilangkan trend logomania.
Tiap rekaan yang terkandung, merupakan item ‘essentials’ santai kala musim panas, samada kembara di lokasi kota mahupun bercanda di kawasan pantai. Tak dinafikan juga, ada beberapa item yang bersesuaian untuk digayakan sekadar bersantai di rumah, misalnya sandal, celana pendek, hoodie dan tuala mandi yang cool.
#Burberry
Artikel berkaitan: BAPE® X COACH, KOLABORASI YANG EPIK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?
Ketahui bagaimana trend avant-garde ini mencabar norma minimalisme dan menentukan masa depan gaya lelaki yang lebih berani serta artistik.
OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II
OMEGA Speedmaster X-33 mengiringi kru Artemis II ke Bulan. Teroka jam tangan titanium NASA dengan enjin Calibre 1666 yang jitu.
















