CALVIN KLEIN CNY2021 MERAIKAN MUSIM PERAYAAN
MASYARAKAT CINA AKAN MENYAMBUT KEHADIRAN TAHUN BARU MENGIKUT KALENDAR LUNAR. SEMPENA DENGAN ITU, CALVIN KLEIN CNY2021 MENYEMARAKKAN SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU DENGAN RANGKAIAN TERKINI MERANGKUMI CALVIN KLEIN JEANS, CALVIN KLEIN UNDERWEAR DAN CALVIN KLEIN PERFOMANCE.
Berdasarkan kalendar lunar, Tahun Baru Cina menjelma Februari nanti dan masyarakat Cina akan meraikannya dengan cukup meriah. Mengikut kalendar lunar, 2021 merupakan tahun lembu. Setiap haiwan mengertikan mesej dan momen tersendiri. Selarasa dengan itu, Calvin Klein menghadirkan rekaan kapsul yang berinspirasikan tahun lembu, yang menampilkan cetakan haiwan lembu dalam konsep camo, menghiasi hebat rekaan musim ini. Illustrasi lembu membentuk fokus utama. Setiap helaian dan aksesori yang diketengahkan adalah bersifat kasual dan pengaruh kesukanan yang kuat. Lalu, mencemerlangkan hebat trend ‘streetwear’ yang mana, terus kekal menjadi dambaan generasi masa kini.
Kehangatan koleksi Calvin Klein CNY2021, kempen fesyen bernafaskan mood Tahun Baru Cina turut dilancarkan dengan menampilkan wajah-wajah Asia sebagai penghias kempen. Bintang Asia yang membuat kemunculan termasuklah, Lay Zhang, Lil Ghost, dan Xin Liu. Mereka turut disertai oleh model lain, antaranya, Iris Yang dan Liu Hao.
Kempen tersebut mencedok ilham Tahun Baru Cina melalui perspektif moden, bersama paduan gaya yang cukup relevan dan sesuai digayakan sepanjang perayaan Tahun Baru Cina. Mahupun, dipakai pada bila-bila masa. Koleksi ini menandakan fasa baharu Calvin Klein dalam konsep musim perayaan. Dengan menyuai padankan helaian dan aksesori garapan himpunan Calvin Klein Jeans, Calvin Klein Underwear, dan Calvin Klein Perfomance.
Rekaan pakaian dalam lelaki dan wanita turut ditawarkan dalam warna merah, dan dihiasi ilustrasi lembu dan corak-corak yang memikat. Pelbagai aksesori praktikal lain dipertaruhkan, seperti topi bucket, beg galas, pouch mini dan beg pinggang yang dikategorikan sebagai item fesyen wajib miliki.
Artikel berkaitan: The North Face X Gucci Kolaborasi Hangat 2021
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026
















