CARHARTT WIP X SUICOKE, SANDAL KLASIK SILUET SEGAR
SANDAL MERUPAKAN ANTARA ITEM HANGAT MUSIM PANAS. MEMPERKASAKAN LAGI TREND SANDAL, CARHARTT WIP DENGAN KERJASAMA KREATIF SUICOKE HADIRKAN DUA REKAAN SANDAL BAHARU MELENGKAPI PENAMPILAN SANTAI PARA LELAKI.
Carhartt WIP mengolah semula dua siluet sandal klasik Suicoke dalam warna hitam dan Hamilton Brown, dengan reka bentuk yang mengambil inspirasi daripada balutan kanvas-jaket corduroy Detroit yang merupakan item ikonik dari jenama Suicoke. Sandal warna hitam pula ada rekaan eksklusif untuk Carhartt WIP.

Sandal MOTO dimunculkan dengan bahagian atas bahan campuran, menampilkan Dearborn Canvas dan corduroy, dilengkapi dengan tali nilon yang dihiasi penjenamaan logo Script jacquard. Satu lagi rekaan yang terkandung, DEPA menampilkan dua tali pengikat velcro, juga dihiasi dengan penjenamaan logo Script jacquard.
Visual kempen untuk koleksi ini dirakam oleh Jonas Marquet, dengan reka bentuk set daripada Sébastien Michelini. Satu siri imej pegun, yang mana konsep industri bertemu dengan objek luar.

Carhartt WIP x Suicoke akan berada dalam pasaran Asia bermula 16 Julai dan boleh didapati secara online.
Artikel berkaitan: COACH X TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.











