COACH PLAY IPOH KINI DIBUKA
Coach Malaysia melancarkan destinasi beli-belah terbaharu, Coach Play Ipoh yang turut menyaksikan pembukaan Coach Coffee Shop yang pertama di Malaysia.
Coach Play kini tiba di Malaysia! Destinasi beli-belah baharu dengan konsep imersif dalam pengalaman Coach Play yang tersendiri kini dibuka kepada pengunjung di Ipoh, Perak. Stor terbaharu Coach Malaysia ini berlokasi di Silverlake Village Outlet dengan menggabungkan denga asal-usul kota New York dengan inspirasi daripada karakter tempatan.
Merakamkan lanskap perkhemahan musim panas, Coach Play Ipoh menyediakan pelbagai aktiviti dalam dunia interaktif yang menyeronokan. Berlatarkan pemandangan tasik seluas 2,516 kaki persegi, ia menceduk inspirasi dari Adirondacks iaitu destinasi ikonik di Upstate New York. Antara aktiviti yang boleh dicuba oleh pengunjung termasuklah cornhole, ping pong dan juga bocce ball. Ruang luar juga cukup santai untuk menikmati pemadangan dan merakamkan gambar Instagram nanti.
Bermain dengan warna dan tekstur, butik ini menjanjikan pengalaman beli-belah yang luar biasa. Ia menampilkan seni rekaan dalaman ikonik cara Coach, dengan sentuhan gaya jalan New York penuh warisan. Turut diserikan dengan sentuhan kulit 3D dan tupai shearling yang boleh didapati di seluruh stor. Pengunjung boleh mendapatkan koleksi sedia pakai, aksesori kulit dan juga aksesori unik dengan tawaran yang tiada tandingan.
Coach Coffee Shop Pertama di Malaysia

Coach Coffee Shop yang pertama di Malaysia turut melengkapi pengalaman Coach Play Ipoh terbaharu ini. Pengunjung boleh menikmati seleksi kopi, teh dan minuman coklat panas yang menjadi signature label fesyen ini. Jangan lupa untuk mencuba ais krim yang hadir dalam dua perisa iaitu peanut butter & jelly dan apple pie.
Lebih istimewa, pengunjung boleh mendapatkan seleksi produk edisi terhad daripada Coach Coffee Shop. Antaranya The Coach Coffee Shop Canvas Tote Bag, botol air dan kemeja-t yang hanya boleh didapati secara eksklusif di sini.

Coach Play Ipoh dibuka setiap hari bermula 10 AM sehingga 10 PM. Ia beralamat di No 1, Persiaran Silverlakes, Silverlakes Village Outlet, 31000, Batu Gajah, Perak, Malaysia.
Baca lebih lanjut: 60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI
Bulan Disember merupakan bulan terbaik untuk membeli-belah kasut baharu sebagai persediaan gaya buat tahun hadapan.
COACH HIDUPKAN DUNIA FANTASI MUSIM PERAYAAN DENGAN TIGA POP-UP ISTIMEWA
GL Gang, Hakimi Noordin menyertai sesi penggayaan istimewa #StyledbyJK untuk mencari padanan pakaian dan beg Coach Holiday 2025 terbaik
PESONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025
Koleksi Coach Holiday Gift Guide 2025 hadir dengan seleksi yang mewah dan diperkaya dengan sentuhan kraf New York yang begitu ikonik.
ESCAPE SEORANG DIRI: 8 HIDDEN GEMS DI MALAYSIA YANG SEMPURNA UNTUK HEALING DAN RECHARGE
Rancang escape seorang diri dengan 8 destinasi 'hidden gems' di Malaysia: resort damai, retreat pergunungan, dan pantai menenangkan jiwa.
FOOD TRIP MALAYSIA : 10 BANDAR ‘MAKANAN SEDAP’
Jelajah 10 bandar ‘makan sedap’ di Malaysia! Dari street food Penang hingga laksa Sarawak dan hidangan tradisi utara, yang wajib dikunjungi.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.



















