COACH SPRING 26: GAYA URBAN NEW YORK CITY
Pier 36, New York, Coach menyingkap bab baharu dengan koleksi Coach Spring 26 yang memancarkan gaya kota moden. Dengan pendekatan yang lebih segar, koleksi ini merangkumkan keanggunan American style dalam siluet urban yang bersih, bertekstur dan penuh karakter. Sekali gus menegaskan kedudukan Coach sebagai peneraju fesyen global.
Coach Spring 26
Coach Spring 26 membuka tirai fesyen dengan pertunjukan penuh gaya di Pier 36, New York City. Berlatar belakangkan East River yang ikonik. Di bawah arahan Stuart Vevers, koleksi ini menampilkan sisi segar gaya Amerika moden bersih, ringkas dan tulen.
Bagi Vevers, koleksi ini adalah cerminan New York: glamor dalam keluli dan kaca, tetapi tetap indah dengan patina masa, sinaran mentari, dan ketabahan yang hidup setiap hari di kota. “Ia adalah keseimbangan halus antara kilauan dan ketabahan yang menjadikan New York unik,” jelasnya.

Tekstur & Siluet Urban
Koleksi kali ini menonjolkan kulit eksklusif seperti suede dan nappa dengan kemasan lembut, lusuh berkarisma dan tekstur foil berkilau. Siluet oversized dalam denim kitar semula, fabrik workwear, serta seluar dan skirt tailored memberi dimensi urban kontemporari. Bermain dengan tona warna putih, coklat madu dan hitam lusuh, diserikan pastel biru, kuning, hijau dan sentuhan metalik untuk kontras yang segar.
Pertunjukan dimulakan dengan perjalanan tamu melalui ruang gelap sebelum memasuki dewan utama yang dikelilingi kanvas sepia memaparkan panorama klasik New York. Dengan cahaya dramatik dan bayangan tajam, model-model seakan-akan melangkah terus di jalanan metropolis. Simbol kepada semangat urban yang menjadi nadi sebenar Coach.
Tetamu istimewa termasuk bintang kempen baharu Coach, “Revive Your Courage”: Elle Fanning dan Soyeon. Turut hadir, pelakon Korea Selatan Chae Soo-bin, pelakon dan penyanyi Thailand Nanon Korapat, pelakon Indonesia Syifa Hadju bersama pemuzik El Rumi, dan pelakon Malaysia Nadhir Nasar. 
Artikel Berkaitan: NANON KORAPAT KINI RAKAN COACH ASIA TENGGARA
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL
Semak gaya stylish Syawal Ikmal Amry bersama Tommy Hilfiger. Menyerlahkan gaya santai lebaran supaya kekal bergaya.
THE DRAMA KING: AMIR AHNAF
Amir Ahnaf berkongsi obsesinya terhadap seni, tanggungjawab membentuk landskap industri, dan bagaimana fesyen menjadi refleksi identiti.
TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT
Menghentak dunia perfileman tempatan dengan kuat, TARUNG: Unforgiven hadir dengan teaser yang menayangkan barisan pelakon hebat.
THE BODY SHOP RAI ULANG TAHUN GLOBAL KE-50 DENGAN SUMBANGAN
The Body Shop meraikan ulang tahun global mereka yang ke-50 tahun ini dengan menegaskan semula kepercayaan mereka terhadap sumbangan.
DANIAL HAZIQ, KONSISTENSI DAN KREATIVITI SEBAGAI CONTENT CREATOR
GLAM Lelaki tertarik dengan kandungan yang dikongsikan Danial Haziq melalui Instagram dan TikTok-nya. Ketahui serba sedikit mengenai Danial Haziq yang kini antara pencipta kandungan di Malaysia yang meraih perhatian.
5 TABIAT GROOMING YANG BUAT PENAMPILAN ANDA NAMPAK LEBIH MAHAL
Tabiat grooming yang betul boleh menaikkan aura gaya anda secara drastik. 5 cara mudah untuk kelihatan lebih mahal tanpa perlu boros.

















