COV-EID 2021, SEMAK GAYA RAYA GLAM LELAKI ‘BOYS’
APAKAH PILIHAN STAIL SELEBRITI MENYAMBUT AIDILFITRI DALAM SUASANA PANDEMIK COVID-19? JOM SEMAK GAYA RAYA SELEBRITI PERNAH MENGHIASI HALAMAN GLAM LELAKI, MENJADI PILIHAN KAMI.
Sambutan Aidilfitri pada minggu lepas menyaksikan para selebriti bergaya sakan dalam pilihan baju Raya masing-masing. Walaupun rakyat Malaysia terpaksa beraya dalam suasana norma baharu, namun kekangan tersebut tidak menghalang para selebriti menonjolkan gaya Raya dengan cukup mengagumkan.
Arahan yang diterima dari pihak-pihak tertentu haruslah diikuti dalam memastikan pandemik Covid-19 di Malaysia terkawal. Apatah lagi, dalam keadaan sekarang penularan Covid-10 di Malaysia berada di tahap yang sangat membimbangkan. Dalam pada masa yang sama, rakyat Malaysia termasuklah para selebriti beraya secara sederhana kerana menghormati situasi sedih yang melanda bumi Gaza. Dengan kuasa media sosial, kita semua dapat berhubung dan berpeluang berkongsi mesej-mesej bersifat solidatari untuk golongan-golongan yang terjejas akibat pergolakan di bumi Gaza.
Dalam kesayuan Aidilfitri kali ini, para selebriti tak ketinggalan untuk meraikan bulan Syawal dalam suasana yang meriah bersama keluarga. Kebanyakkannya tampil dalam rekaan tradisional baju Melayu dilengkapi sampin dan songkok-cukup segak sepanjang minggu pertama bulan Syawal. Selebriti terkenal seperti, Awal Ashaari, Zul Ariffin, Shukri Yahaya,Fattah Amin, Amar Bahrin, Alif Satar dan Hael Husaini ‘gamat’ memilih baju Melayu sebagai gaya utama sepanjang minggu lepas. Ada yang beraya bersama keluarga kecil mereka dan ada yang beraya solo di kediaman masing-masing.
Dalam pilihan-pilihan warna kesukaan masing-masing, seperti merah, merah jambu dan biru. Membuktikan bahawa dalam era fesyen Raya yang punya banyak opsyen serta reka bentuknya, rekaan tradisional baju Melayu kekal menjadi pilihan utama sewaktu hari Raya pertama sehinggalah Syawal yang keempat. Selebriti-selebriti muda seperti Dini Schatzmann, Yusuf Bahrin lebih selesa bergaya kontemporari dalam rekaan ‘modest’. Suatu gaya yang segar kala meraikan lebaran.
Kami menyenaraikan gaya Raya selebriti-selebriti pernah menghiasi halaman GLAM Lelaki atau kami gelwarkan GLAM Lelaki ‘Boys’ yang kami kira sangat menyerlah. Kekal ‘stylish’ dengan cita rasa tersendiri biarpun menyarung pakaian tradisional baju Melayu.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAEL HUSAINI & ALVN DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Hael Husaini dan ALVN menjadi antara wajah dari Malaysia yang menghadiri acara Milan Fashion Week Men's SS26 tahun ini.
7 GAYA FESYEN IKONIK AWAL ASHAARI
Gaya fesyen Awal Ashaari cukup ikonik menjadikannya salah seorang selebriti lelaki Malaysia yang cukup versatil dari segi fesyen dan lakonan.
AWAL ASHAARI IS BACK ON THE COVER OF GLAM LELAKI!
Dua dekad mengukir langkah sebagai pengacara, pelakon dan personaliti media, Awal Ashaari kekal relevan dalam industri.
LIMA SELEBRITI DADDY PALING ‘HOT’ DI MALAYSIA
Selamat hari bapa! Berikut adalah lima selebriti ‘daddy’ Malaysia paling ‘hot’ yang sering menjadi bualan ramai.
IRFAN HARIS: FIGURA MUZIK MODEN BERGAYA
Irfan Haris Othman, penyanyi kelahiran Johor Bahru pada 29 November 2001, telah meniti perjalanan seni yang penuh warna sejak usia remaja.
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.