DANIEL LIM, BERPEGANG PADA IDENTITI GAYA
DANIEL LIM (@imdaniellim), USAHAWAN DAN PEMILIK RESTORAN HANGAT DI IBU KOTA YAKNI APOLLO DINING. STAIL PERIBADINYA MENCURI PERHATIAN. GLAM LELAKI MENDEKATI DANIEL LIM, BERSEMBANG RINGKAS MENGENAI STAIL DAN PERSPEKTIF FESYENNYA.
PERKHABARAN BAHARU DANIEL?
Belajar mengadaptasi dalam situasi ketidakpastian dan menguruskan restoran saya “Apollo Dining”. Pada masa lapang, saya meluangkan masa bersama rakan dan keluarga secara maya dan menggunakan aplikasi kecergasan untuk kekal aktif.

KONGSIKAN REVOLUSI GAYA PERIBADI?
Terima kasih! Seingat saya, saya suka fesyen. Tidak menghairankan lagi, setelah saya melanjutkan pelajaran di kolej Fesyen. Seiring dengan waktu, begitu juga gaya. Dalam perjalanan peribadi saya, saya dapati apa dan mengapa saya menyukai sesuatu warna, fabrik atau pakaian tertentu.
Biasanya, saya akan berpakaian gaya santai (resort style) dan padanan warna neutral. Ini adalah cara saya mengekspresikan diri melalui estetika pilihan saya yang juga memberi inspirasi kepada kembara, ruang dalaman dan seni bina saya. Pada perspektif saya, gaya peribadi adalah mengenai perkembangan rasa diri berbanding hanya sekadar menuruti trend.
APAKAH ATAU SIAPAKAH RUJUKAN FESYEN DANIEL?
Alain Delon, Steve McQueen, Paul Newman. Semakin ringkas semakin baik. Anda tidak memerlukan corak berani atau warna yang lantang untuk mencetus ‘statement gaya’. Kemeja safari juga sesuai dipakai untuk gaya kota mahupun di ladang. It’s rugged but elegant.
HOW IMPORTANT IS STYLE TO YOU? SEBAGAI USAHAWAN?
You are what you wear! Stail peribadi yang akan membezakan anda dan tanggapan yang anda tonjolkan pada orang lain bergantung pada penampilan anda. Gunakan stail anda sebagai ‘alat’ untuk membina jenama peribadi anda dan untuk memperkukuhkan diri anda sebagai individu yang profesional.
Ia juga memberi idea kepada orang lain mengenai karakter anda, sekaligus menggambarkan gaya hidup anda secara keseluruhan. Pabila anda kelihatan baik dan anda merasa baik, anda dapat melakukan perbuatan baik.


APAKAH STAIL YANG INGIN DANIEL CADANGKAN KEPADA LELAKI HARI INI?
Finding your personal style isn’t something you can do overnight. Pada pendapat saya dengan rendah hati, jika anda tidak pasti apa yang harus dipakai, maka pilihkan gaya klasik dan bersahaja.
Melabur dalam item yang punya statement, seperti jaket kulit, baju berpotongan sempurna serta kasut asas yang boleh digayakan dengan apa jua. Item yang ada peranan berpanjangan dan bukan hanya boleh dipakai sekejap. Item yang boleh dipakai berulang kali, lantas menjadikannya nilai berbaloi sebagai pelaburan gaya.
Yang paling penting, berpegang teguh pada estetika anda sendiri-tentukan signatur gaya anda dan sentiasa rasa selesa dengan apa yang anda pakai.
HOW DO YOU THINK THAT FASHION WILL CHANGE IN 2021? ESPECIALLY NOW THAT THE WORLD IS IN PANDEMIC.
Fashion is so constantly changing that it’s really reacting to everything, in a way.
Jelas sekali, saatnya seseorang itu bekerja dari rumah, almari pakaian mereka berubah. Namun, saya ingin ingin berfikir bahawa estetika gaya pasca pandemik akan berubah ke arah yang bertentangan.
Dan apabila kita akhirnya dapat kembali ke aktiviti sosial seperti pesta, saya berpendapat bahawa ia akan dijadikan peluang untuk memberi inspirasi, malah untuk mereka yang kurang berfesyen pun akan lebih berusaha berbanding pada waktu sebelum pandemik.

SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI DI MALAYSIA MEMILIKI STAIL YANG COOL?
Sekadar menyebut beberapa nama, Bernard Chandran, Colin Sim, Huang qi Ming yang setia pada diri mereka melalui gaya peribadi mereka yang hebat.
BAGAIMANAKAH DANIEL MENJAGA DIRI DAN KESIHATAN MENTAL DALAM KEADAAN LOCKDOWN SEKARANG?
Saya mengambil masa ini sebagai peluang untuk mengatur rutin yang lebih sihat. Bersenam di rumah pada masa ini jelas merupakan cara yang baik untuk kekal sihat dan memenuhi masa ketika berada di dalam rumah.
Selain itu, saya meluangkan masa untuk berehat, banyak tidur dan berusaha untuk terus berhubung dengan rakan dan keluarga. Secara keseluruhan, yang penting adalah berusaha membina minda yang positif.
ANY FAVOURITE PURCHASE RECENTLY? IF YES, WHAT IT IS?
Seluar denim Prada adalah item kegemaran saya, seperti yang anda lihat dalam gambar.
PROJEK AKAN DATANG?
Saya mempunyai beberapa projek dalam perancangan, bereksperimen dan berkembang ke industri yang berbeza. Mudah-mudahan, ia akan berlaku pada masa akan datang apabila keadaan kembali normal. Saya sangat teruja dengan prospek masa depan bidang ini.
Artikel berkaitan: BENJAMIN TEOH, KREATIF DALAM BERFESYEN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU
GLAM Lelaki mencipta sejarah dengan bintang Thailand pertama menghiasi muka depan. Istimewa penutup 2025, GLAM Lelaki tampilkan James Jirayu.
HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”
Hakim Parker, content creator dan pengasas podcast ‘Borak Space’ yang membawa gelombang baharu, terus mencorak ruang digital tempatan.
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA
Enam nama ini wajar diberi perhatian kerana mereka membawa impak tersendiri kepada komuniti. Ketahui influencer lelaki yang menginspirasikan.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Ridzman Zidaine semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia.











