Skip to content

DEBUT JUSTIN TIMBERLAKE SEBAGAI MODEL LOUIS VUITTON

DEBUT JUSTIN TIMBERLAKE SEBAGAI MODEL KEMPEN LOUIS VUITTON

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Pada usia 42 tahun, Justin Timberlake akhirnya membuat kemunculan pertama sebagai model kempen terbaharu jenama fesyen mewah Louis Vuitton, kolaborasi bersama Yayoi Kusama.

Menyarung jaket denim dengan motif bintik Yayoi Kusama yang terkenal, Justin kelihatan jauh lebih muda berbanding usia sebenarnya. Dia kelihatan segak kala menggayakan beg tote rona biru yang memaparkan logo Louis Vuitton dan cetakan labu terkenal rekaan artis Jepun itu. Dalam sebuah lagi foto, lengannya yang dicat dengan labu berwarna-warni menggenggam beg LV Speedy dalam cetakan sama.

Justin Timberlake

Sebuah akaun Twitter yang didedikasikan buat aktor dan penyanyi itu berkongsi rasa tidak percaya mereka terhadap penampilan Justin. Tidak dinafikan aktor itu kelihatan bagaikan tidak dimamah usia.

“Begini rupa paras Justin Timberlake pada tahun 2023? Dia benar-benar awet muda.” Seorang lagi netizen memuat naik ciapan, “Wajahnya kekal muda dan segar pada usia 42 tahun.”

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

Bacaan Lanjut