Skip to content

DIOR DAN SACAI, GABUNGAN DUA LEGASI BERSAMA

Kongsikan artikel ini

DIOR DAN SACAI BERGABUNG TENAGA UNTUK KALI PERTAMA DALAM MELANCARKAN KOLEKSI YANG MEMADUKAN ESEN DNA KIM JONES BERSAMA CHITOSE ABE!

Jenama cult yang beresenkan streetwear, Sacai dijemput oleh Dior untuk berkerjasama dalam melancarkan satu koleksi kapsul. Himpunan Dior dan Sacai ini memadukan elemen dua budaya, dua legasi dan dua daya kreativiti dalam satu karya yang cukup cool. Himpunan ini dilengkapi dengan aksesori dan ceraian sebanyak 57 item dan setiapnya mendapat sentuhan Chitose Abe, wanita disebalik jenama Sacai. Dior turut menjulan jenama ini dengan meletakkan logo Sacai pada huruf I di Dior. Pilihan rona pula lebih klasik, bermain dengan hitam serta putih.

dior dan sacai

Semestinya item hangat buat koleksi ini adalah beg Saddle yang cukup ikonik di Dior. Melalui kolesk kaspul ini, Abe mengubah beg Saddle Dior dengan penambahan elemen poket serta tali drawstrings. Juga, melihat DNA Sacai yang cukup kuat alam arena streetwear, Dior turut terpanggil untuk bermain dengan material nilon yang cukup lasak. Paduan dua legasi cukup jelas pada penggunaan bunga Dior yang digarap atas fabrik teknikal Sacai. Himpunan ini bakal menjelma di butik pada November 2021.

Mengenali Chitose Abe

dior dan sacai

Chitose Abe

Chitose Abe adalah wanita penting dalam penubuhan jenama Sacai. Pereka fesyen asal jepun ini bermula karier dalam dunia seni fesyen sebagai pemotong pola di Comme Des Garcons. Selain itu, Chitose Abe pernah berkhidmat buat Junya Watanabe dalam pasukan pereka mereka. Masuk 1988, Abe melebarkan sayapnya dengan melancarkan jenama cult, Sacai. DNA yang dipegang oleh Abe buat Sacai adalah memadukan element sportwear dengan cetusan unik gaya Jepun. Pada 2011 merupakan tahun penting buat Abe dimana Sacai dipertunjukan sepenuhnya di Minggu Fesyen Paris. Selain dengan kolaborasinya bersama Nike, jenama ini juga pernah melancarkan koleksi bersama Gloverall, Beats by Dre dan Ugg. Antara anugerah yang pernah diterima oleh Abe termasuklah Fashion Designer of The Year 2009 oleh Kumpulan Fesyen Editor Jepun.

PAUTAN BERKENAAN: SAMBUTAN HARI BAPA, LIMA AKSESORI EMPORIO ARMANI BUAT BAPA

By Aizat Aidid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

mile apo

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN DIOR MEN WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

FIRST LOOK: KONSEP BAHARU BUTIK DIOR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

TIPS UNTUK MEMILIH DAN MENGGAYAKAN FESYEN OVERSIZED

Bacaan Lanjut
Levi’s x Crocs

LEVI’S® X CROCS – KOLABORASI KAPSUL YANG MENGGABUNGKAN KUALITI DAN KESELESAAN

Bacaan Lanjut