Skip to content

DIOR PERSIAPKAN KOLEKSI KAPSUL KHUSUS TAHUN LUNAR

Kongsikan artikel ini

MEMBANTU MENYERLAHKAN KETERAMPILAN MENAWAN, DIOR MENGOLAH LEMBARAN PAKAIANNYA DENGAN PERCINCIAN MENARIK LAGI PRAKTIKAL SEMPENA PERAYAAN TAHUN LUNAR 2021. SEKALI GUS MENGHASILKAN KUANTITI EDISI TERHAD BAGI MENGEKALKAN SIFAT EKSKLUSIFNYA. DAN SEKALI LAGI, MENGUNDANG SHAWN STUSSY SEBAGAI RAKAN KOLABORASI. 

Aspek fungsi, praktikal dan tampil versatil dijulang label Dior, istimewa untuk reka cipta koleksi kapsul Tahun Lunar 2021. Label ini menawarkan himpunan pakaian dan aksesori yang komprehensif dan bernada formal klasik kepada kasual bersifat sukan. Tidak terhenti di situ, Dior menghadirkan pelbagai kemasan pada materialnya hasil kerjasama kreatif bersama Shawn Stussy. Yang merupakan figura berpengaruh dalam fesyen ‘streetwear’ semenjak era ’80-an lagi.

Bagi menyempurnakan gaya sambutan Tahun Lunar, motif haiwan lembu diketengahkan dengan suntikan seni dengan kombinasi warna merah yang tentunya meningkatkan keterampilan. Selain merah, palet warna biru navy dan putih turut terkandung, lantaran itu menjunjung hebat pandangan Monsieur Dior yakni simbolik kepada warna-warna kehidupan.

Menawarkan rekaan yang mewah, koleksi kali ini banyak bermain dengan cetakan yang dicemerlangkan sebagai hiasan pada permukaan kemeja T, jaket bomber, baju panas berhud, skaf dan tas Saddle yang bertujuan untuk menyokong daya tarikan. Pendekatan ‘sportswear’ terlihat membaluti helaian-helaian utama. Juga rekaan terarah formal dalam potongan moden dihadirkan, membangkitkan lagi aura fesyen masa kini. Kombinasi rekaan ‘streetwear’ dan formal saling melengkapi satu sama lain. Ternyata, memberi opsyen gaya yang sangat hebat terus mencipta satu fenomena gaya menjadikan industri fesyen lelaki lebih radikal.

‘Statement’ yang elegan memaut secara halus terutamanya pada rekaan yang bernada formal, yang mana menghiasi melalui perincian jahitan tampak lebih eksklusif. Lalu, memancarkan gelombang stail urban yang praktikal untuk kegunaan golongan fesyen masa kini.

Tas popular, the Saddle dan the Rider turut mengalami inovasi baharu. Teraspriasi untuk mempertaruhkan aksesori yang berbeza-beza ilham disebaliknya. Di samping itu, olahan tersebut melambangkan faktor eksklusif yang hanya boleh didapati dari koleksi kapsul ini. Perihal kasut pula, sniker B23 dan B27 dimuatkan, memaparkan kesinambungan antara fungsi dan rekaan kontemporari. Dalam variasi warna yang merevolusikan nilai-nilai seni karya Shawn Stussy. Bagi menyempurnakan lagi koleksi unik ini, Dior turut menawarkan kepelbagaian aksesori lain, termasuk tali leher, tali pinggang, perhiasan diri, dan bekas kad.

Pelancaran koleksi ini turut melambangkan penghormatan kepada pasaran China, dalam masa sama meraikan kekayaan budaya yang tidak terbatas melalui konteks fesyen.

dior

dior

dior

dior

dior

 

Artikel berkaitan: Giorgio Armani Tampilkan Koleksi Lunar 2021

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

dior fendi

TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
Dior men summer

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN DIOR MEN SUMMER 2025 DI SINI

Bacaan Lanjut
mile apo

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN DIOR MEN WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

FIRST LOOK: KONSEP BAHARU BUTIK DIOR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut