EKSKLUSIF: ERMENEGILDO ZEGNA X FEAR OF GOD
PERLANGSUNGAN MINGGU FESYEN WANITA DI PARIS TEMPOH HARI, MENYAKSIKAN KOLEKSI BARU HASIL KERJASAMA DUA JENAMA MEGAH. ERMENEGILDO ZEGNA DAN FEAR OF GOD BERSATU BUAT JULUNG KALINYA. UNEXPECTEDLY! MEMPERSEMBAHKAN HIMPUNAN TERKINI, YANG MANA TURUT BOLEH DIADAPTASI OLEH WANITA DALAM PENGGAYAAN HARIAN MEREKA. NO RULES OF STYLE.
This is unexpected! Label fesyen asal Itali, Ermenegildo Zegna menjemput jenama Fear of God sebagai rakan kolaborasi yang baru. Kolaborasi sulung tersebut terwujud apabila Alessandro Sartori merangkap Pengarah Artistik Ermenegildo Zegna, bersembang secara spontan dengan Jerry Lorenzo untuk bekerjasama, lalu menghasilkan himpunan eksklusif.
Bermula sekadar bersembang, seterusnya meneliti setiap rekaan, maka bersandiwaralah koleksi Fear of God exclusively for Ermenegildo Zegna. Tidak mengkhususkan untuk lelaki sahaja, koleksi ini turut merangkumi rekaan dan aksesori yang bisa digayakan para wanita yang bijak menginjeksi elemen maskulin dalam penggayaan tersendiri.



Pada fesyen masa kini mengagungkan sustainability, kedua jenama ini meraikan kepelbagaian dan inclusive yang kelihatan rancak membentuk tiap rekaan terkandung. Secara spesifiknya berkenaan dengan kepelbagaian tubuh. Siluet dan butiran yang menegapkan koleksi ini tidak terhad pada satu jenis konstruksi atau potongan sahaja.
Tak mengira helaian apa, keseluruhan rekaan memiliki sileut yang longgar, berganda dan ada juga yang mengikut bentuk tubuh tertentu. Bergantung kepada cara pemakaiannya. Sungguh pun, elemen-elemen streetwear memaut kuat pada koleksi ini, namun ia tidak mencampak jauh sifat mewah Zegna dan Fear of God. Kemewahan boleh dikesan nyata berdasarkan butiran dan material yang digunakan.

Semangat mewah itu disunting cemerlang dengan pengamatan gaya selesa dan dilengkapi kefungsian. Persembahan ceraian yang terkandung, seperti jaket, sut, kot labuh, blazer dan seluar denim tersangatlah menyenangi penggayaan, tidak kompleks untuk kita memikirkan tentang pengolahannya.
Dengan trik suai padan yang bijak, pastinya terlihat inovasi melalui penampilan. Cubaan untuk kelainan dan masih nampak cohesive adalah apa yang cuba dicadangkan oleh Zegna dan Fear of God dalam koleksi ini. Jati diri label Fear of God – lux leisurewear tersemat hebat, yang mana semua rekaan mementingkan keselesaan dan movement. Tanpa batasan.
Mengupas budaya selebriti dan trend gaya hidup masa kini
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











