Skip to content

‘STAND TOGETHER’ – CUKUP-CUKUPLAH WANITA MENJADI MANGSA!

Kongsikan artikel ini

Sampai bila wanita akan menjadi mangsa? Itulah persoalannya. Ya, menjelang sambutan Hari Wanita Sedunia 2020 yang bakal diraikan 8 Mac ini, Blu Inc Media dengan bangganya mempersembahkan sebuah filem pendek  yang cukup sarat dengan emosi, menyaksikan kecekalan tiga wanita yang dilakonkan oleh Sharifah Sakinah, Jasmine Suraya Chin dan Sangeeta Krishnasamy berhadapan liku dan cabaran hidup yang tidak terduga. Mampukah mereka bertahan? Sanggupkan mereka membiarkan diri dipermain oleh insan yang bernama ‘lelaki’ dan ketidaksamaan?

Saksikan filem pendek yang bakal ditayangkan di seluruh platfrom media sosial majalah terbitan Blu Inc Media. Sementara itu, saksikan sedikit sedutan filem mini Stand Together menerusi pautan di bawah.

Terima kasih kepada semua pihak penaja yang menaja kerjasama ini iaitu Samsung Malaysia, FOSSIL, Kose Malaysia dan Jibby by The Park serta Common Ground selaku penaja lokasi pengambaran kami.


Update:

Saksikan video penuh filem pendek ‘Stand Together’ menerusi pautan di bawah.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 JEJAKA PALING BERPENGARUH DI INTERNET

5 JEJAKA PALING BERPENGARUH DI INTERNET

Bacaan Lanjut

DI SEBALIK TABIR ‘STAND TOGETHER’ BERSAMA SAMSUNG GALAXY S20 ULTRA 5G

Bacaan Lanjut

GL Meraikan Hari Wanita Dengan ‘STAND TOGETHER’

Bacaan Lanjut

15 PEOPLE WHO MATTERED IN 2017

Bacaan Lanjut