Skip to content

EKSPRESI GAYA MARVEL X PANDORA

Kongsikan artikel ini

PANDORA BEKERJASAMA DENGAN MARVEL UNTUK PERKENALKAN HIMPUNAN YANG DIILHAMKAN OLEH WIRA IKONIK KESUKAAN RAMAI. SERLAHKAN KARAKTER GAYAMU DENGAN KOLEKSI PERTAMA MARVEL X PANDORA. 

Terkadang rasa ‘kosong’ sesuatu penampilan itu. Biarpun sudah lengkap dengan baju, seluar, jaket dan kasut tetapi masih rasa tidak puas. Walhal rambut sudah digayakan baik sekali, namun terkadang tanpa memakai sebarang aksesori, misalnya cincin atau rantai, sesuatu penampilan itu kelihatan tidak lengkap. Something is empty. Penampilan tidak nampak menyerlah. Mendatar dan membosankan. Solusi yang boleh kami cadangkan-hiasi diri dengan aksesori kecil yang mungkin ukurannya kecil, tetapi ada impaknya. 

Pandora banyak mengeluarkan aksesori perhiasan untuk lelaki. Yang terbaru, koleksi MARVEL x Pandora yang menampilkan ikon superhero sebagai perhiasan utama. Cukup menarik rekaannya. Kebanyakan lelaki menggemari dunia wira yang penuh aksi, maka itu Pandora mengambil kesempatan untuk menyalurkan semangat pengembaraan epik dengan koleksi MARVEL X Pandora yang pertama, telah dilancarkan pada bulan lepas. 

MARVEL X Pandora diilhamkan oleh watak ikonik dari MARVEL Universe yang mengajar kita bahawa wira yang sebenar adalah menggunakan kekuatan dalam diri untuk melakukan perubahan. Koleksi ini menampilkan loket yang mewakili setiap ahli The Avengers dengan reka bentuk yang sangat teliti. Melambangkan kedua-dua identiti dan nilai mereka. 

Kumpulan pereka Pandora bekerja rapat dengan artis MARVEL untuk mendalami karakter setiap wira. Ketukangan dan penggunaan logam, tekstur dan kerja enamel yang terperinci menjadi keutamaan Pandora. Agar dapat mencipta semula sut wira tersebut dengan mengikut rupa yang sebenar. Ukiran tanda tangan setiap watak turut dihiasi pada loket sebagai tribute kepada setiap karakter dan kesempurnaan yang tiada tara. 

Setiap loket boleh dipilih mengikut pilihan masing-masing, sama ada anda peminat sesuatu karakter adiwira itu, seperti Iron Man, Hulk atau Black Widow. Atau buatlah pilihan bentuk loket yang akan menonjolkan karakter dalam penampilan anda. Terpulanglah pada selera gaya yang tersendiri. 

Artikel berkaitan: RANGKAIAN H&M ‘THE EDITION BY’ AKAN TIBA 10 MAC INI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL

Bacaan Lanjut
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut

MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut