EVOLUSI FESYEN WILL SMITH & JADA PINKETT SMITH SEJAK TAHUN 90-AN
Salah satu pasangan popular Hollywood, Will Smith dan Jada Pinkett Smith telah menyerikan acara karpet merah bersama dari awal tahun 1990-an.
Sejak tiga dekad lalu, gaya pasangan itu telah melalui transformasi dramatik. Bermula dengan fesyen sedondon pada awal kemunculan, mereka dilihat semakin yakin mempamerkan gaya unik masing-masing.
Tahun lalu Will dan Jada mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah pun berpisah pada 2016. Namun kata Jada, mereka “akan terus kekal bersama selamanya” dan tidak bercerai seperti pasangan lain. Dan sehingga kini, pasangan itu terus muncul bersama di acara permaidani merah.
Intai transformasi gaya Will Smith dan Jada Pinkett Smith sejak hampir tiga dekad lalu
1995
Ketika baru bergelar pasangan kekasih, Will dan Jada hadir ke tayangan perdana filem Devil In A Blue Dress menyarung persalinan berani.
1997
Dua tahun kemudian, pasangan ini mula menggayakan persalinan sedondon di karpet merah. Foto ini dirakam di Soul Train Music Awards.
1999
Will dan Jada mempamerkan cita rasa fesyen tersendiri pada anugerah Grammy.
2003
Pasangan ini menampilkan gaya kasual berpasangan dengan mengenakan jaket kulit di tayangan perdana The Last Samurai.
2007
Will yang menyarung sut klasik serba hitam mengagumi penampilan Jada di Screen Actors Guild Awards.
2009
Pasangan itu kelihatan bak kerabat Diraja di after-party Oscar Vanity Fair.
2012
Mereka terus tampil dengan gaya tersendiri di karpet merah. Kali ini di tayangan perdana Men In Black 3.
2014
Will dan Jada kelihatan jauh lebih bergaya berbanding penampilan Oscar mereka sedekad sebelumnya.
2019
Di tayangan perdana filem Aladdin, Jada mengenakan gaun biru terang tanda penghormatan kepada watak Will sebagai Genie. Aktor itu pula mencipta kelainan dalam sut bermotif.
2022
Suami isteri ini hadir ke Oscar bersama dalam persalinan mencuri tumpuan.
2024
Walaupun tidak lagi tinggal sebumbung, pasangan ini membuktikan mereka masih lagi ‘power duo’. Jada memberi sokongan kepada suaminya dengan menghadiri tayangan perdana filem terbaru Will, Bad Boys: Ride Or Die baru-baru ini.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 10 MOMEN FESYEN TERBAIK GEORGE CLOONEY & AMAL ALAMUDDIN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 GAYA FESYEN TERBAIK NADHIR NASAR
Dari gaya kasual yang effortless hingga ke persalinan formal, Nadhir membuktikan bahawa fesyen adalah medium ekspresi yang tiada batasan.
ASHRAF ANUAR: VISI DAN GAYA DALAM DUNIA FESYEN SVG
SVG bukan sekadar jenama, ia adalah revolusi gaya yang SVG bukan sekadar jenama, ia adalah revolusi gaya yang diterajui oleh Ashraf Anuar.
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.
AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA
Ameera Khan dan Jefri Nichol membuktikan bahawa cinta boleh disampaikan melalui gaya dan simbolik yang halus.
8 ETIKET MEMILIH SONGKOK YANG SEMPURNA DI HARI RAYA
Songkok adalah simbol kehormatan dan kemegahan dalam menyambut Hari Raya yang penuh bermakna. Selain melengkapi penampilan, ia juga simbolik imej.
8 JENAMA FESYEN MANFAAT TEKNOLOGI AI
Jenama fesyen besar dunia kini tidak lagi bergantung pada iklan tradisional untuk menarik perhatian pelanggan. Teknologi AI adalah masa kini.