Skip to content

FAIRUZ RAMDAN: JERSI BOLA KE IKON FESYEN DI KLFW 2025

FAIRUZ RAMDAN: JERSI BOLA KE IKON FESYEN DI KLFW 2025

Kongsikan artikel ini

Jersi bola ke ikon fesyen di klfw 25. Pereka fesyen Fairuz Ramdan kembali menghangatkan pentas KLFW 2025 dengan kolaborasi penuh kejutan bersama jenama sukan ikonik, Umbro. Menggabungkan elemen bola sepak era ‘90an dengan gaya kontemporari, koleksi ini membuktikan bahawa jersi bukan hanya di padang, tetapi juga boleh jadi ikon fesyen di klfw 25 dan statement gaya dan berkarakter.

Jersi Diberi Nafas Baru, Aura Stadium Dibawa ke Pentas Peragaan

Antara yang mencuri perhatian termasuk jersi rekaan semula yang dipadankan dengan seluar tailored. Jaket varsity berinspirasikan warm-up gear, serta aksesori seperti sling bag dan arm pouch dengan logo Umbro yang membrikan sentuhan gaya baharu. Persembahan di Esplanade KLCC turut dihidupkan dengan suasana stadium. Musik rancak, gaya bertenaga, dan visual yang mengimbangi sporty dengan sleek.

Kolaborasi ini bukan sahaja menaikkan nama Umbro sebagai jenama gaya hidup, tetapi juga mengukuhkan Fairuz sebagai pereka yang faham denyut nadi fesyen generasi kini. Dengan gabungan tailoring, siluet oversize dan fabrik teknikal, Fairuz membuktikan jersi bola sepak pun boleh jadi ikon fesyen KLFW.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Fairuz Ramdan berjaya mengangkat elemen sukan menjadi sebuah pernyataan gaya di pentas KLFW 2025, jelas menunjukkan kematangannya sebagai pereka yang tidak takut bereksperimen. Kolaborasi dengan Umbro bukan sekadar satu pertukaran estetika, tetapi satu langkah berani dalam memperluaskan naratif fesyen tempatan. Ia memberi nafas baru kepada bagaimana kita melihat ‘jersi’ bukan hanya dari pengaruh luar, tetapi melalui kaca mata budaya dan norma tempatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VOCKET Style (@vocketstyle)

Fairuz membuktikan bahawa fesyen boleh kekal relevan, berakar pada warisan, namun tetap segar di mata generasi muda. Dengan koleksi ini, dia tidak hanya ‘menukar jersi’, tetapi turut menukar persepsi terhadap bagaimana sukan dan gaya hidup boleh saling melengkapi di landasan fesyen.

Artikel Berkaitan: KLFW 2025 DIBUKA DENGAN PENUH GAYA: MALAM PEMBUKAAN PALING BERGEMA

By Shakif Md Noor
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LIMA KARAKTER FILEM IKONIK LAKONAN REZA RAHADIAN

LIMA KARAKTER FILEM IKONIK LAKONAN REZA RAHADIAN

Bacaan Lanjut
AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU

AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU

Bacaan Lanjut
OGs of Malaysian Fashion

OGs of Malaysian Fashion: Nama-Nama Ikonik Warnai KLFW 2025

Bacaan Lanjut

MOODBOARD OGOS: GAYA, MUZIK & MOOD LELAKI MALAYSIA.

Bacaan Lanjut
KITWOO: KOLEKSI PALING 'REFINED' SETAKAT INI.

KITWOO: KOLEKSI PALING ‘REFINED’ SETAKAT INI.

Bacaan Lanjut
PELAKON GEN Z WAJAH BARU PENUH AURA TERSENDIRI.

PELAKON GEN Z WAJAH BARU PENUH AURA TERSENDIRI.

Bacaan Lanjut