FESYEN BINTANG MUFASA: THE LION KING DI MAJLIS TAYANGAN PERDANA
Dolby Theatre, Los Angeles menyaksikan kehadiran barisan pelakon dan tetamu untuk tayangan filem Disney terbaru, Mufasa: The Lion King.
Beyonce dan keluarganya termasuk suami Jay-Z, anak sulung Blue Ivy Carter dan ibunya Tina Knowles antara selebriti yang hadir memeriahkan acara pada 10 Disember lalu.
Naskah arahan ini Barry Jenkins adalah prekuel dan sekuel kepada filem tahun 2019 yang dibikin semula berdasarkan filem asal The Lion King (1994).
Donald Glover, Seth Rogen, Billy Eichner, John Kani dan Beyonce menghidupkan semula peranan mereka di samping pelakon baru seperti Aaron Pierre, Kelvin Harrison Jr., Tiffany Boone, Mads Mikkelsen, Thandiwe Newton, Lennie James dan Anika Noni Rose.
Beyonce meminjamkan suaranya untuk peranan Nala dalam Mufasa: The Lion King dan kali ini, dia disertai puterinya Blue Ivy yang memegang watak sebagai anak singa bernama Kiara.
Filem ini mengisahkan tentang anak singa yatim piatu bernama Mufasa yang hidup bersendirian sehinggalah ia bertemu dengan singa berdarah Diraja, Taka. Pertemuan tanpa sengaja itu mencetuskan pengembaraan sekumpulan singa yang senasib dalam mencari hala tuju hidup mereka.
Naskah ini akan menemui penonton di pawagam tanah air pada 19 Disember 2024.
Tinjau gaya bintang filem Mufasa: The Lion King dan para tetamu yang mencuri perhatian
Beyonce
Aaron Pierre
Blue Ivy Carter
Kelvin Harrison Jr.
Heidi Klum
Lin-Manuel Miranda
Chloe Bailey
Skylar Astin
KiKi Layne
Billy Eichner
Tiffany Boone
John Kani
Anika Noni Rose
Seth Rogen & isteri, Lauren Miller
Keith David
Iza
Lil Rel Howery
Foto: Getty Images/Gilbert Flores/AFP
Pautan berkaitan: MOMEN FESYEN SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN GLADIATOR II
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA DISEMBER 2024
Tahun 2024 sudah pun sampai ke penghujungnya namun layar perak kekal rancak dengan barisan filem hebat lagi menghiburkan.
FESYEN TERHANGAT ‘OPPA’ DI KARPET MERAH MAMA AWARDS 2024
Byeon Woo Seok, ZEROBASEONE DAN BOYNEXTDOOR antara selebriti lelaki yang mencuri perhatian di karpet merah MAMA Awards 2024.
20 PALING SEGAK DI GOVERNORS AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
Nicholas Hoult, Jude Law, Barry Keoghan dan Paul Mescal antara selebriti lelaki yang mencuri perhatian di karpet merah Governors Awards 2024.
MOMEN FESYEN BINTANG THE UNION DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Tayangan perdana The Union yang berlangsung di Los Angeles meriah dengan kehadiran barisan pelakon dalam persalinan bergaya.
STAIL TERBAIK DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM CANNES 2024
Acara ekstravaganza, Festival Filem Cannes kebiasaannya menampilkan antara detik fesyen gah dan terbaik sepanjang tahun.
15 SEGAK & ANGGUN DI BAFTA FILM AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
BAFTA Film Awards ke-77 yang berlangsung di Royal Festival Hall, London meriah dengan kehadiran bintang ternama.