FESYEN UPDATE! TIGA HIMPUNAN MESTI TAHU SEKARANG
APAKAH KOLEKSI TERKINI? GLAM LELAKI KONGSIKAN TIGA HIMPUNAN TERKINI YANG WAJAR DIMILIKI BULAN INI.
HIMPUNAN SANDRO SEMPENA HARI BAPA
Koleksi Hari Bapa kreasi SANDRO yang akan hadir pada pertengahan Jun ini menyoroti aspek kefungsian dan kenyamanan. Jenama mewah Perancis yang mudah akses SANDRO meraikan Hari Bapa dengan menawarkan serangkaian pakaian harian untuk bapa moden. Selesa dan santai, namun terlihat menyerlah tiap kali menyarungnya.
Desain moden yang sederhana tanpa banyak butiran memberi nilai tambah pada busana dan aksesori yang ditawarkan. Rangkaian kardigan dan baju polo yang bergaya dalam ton warna biru navy dan coklat muda, mencipta penampilan ringkas dan bersih yang sesuai dipakai kala hari bekerja dan hujung minggu.
Ragam pakaian bernada moden dalam siluet ringkas ternyata lebih stylish sekiranya dilengkapi dengan aksesori kulit kecil yang banyak kegunaannya.
PRADA TROPICO
JALURAN WARNA DAN EFEK CAHAYA YANG EPIK MENCIPTA PENGALAMAN EKSKLUSIF DALAM INSTALASI SENI DALAM BUTIK DAN PAPARAN TINGKAP BUTIK PRADA DI PAVILION KUALA LUMPUR. MENGHANGATKAN LAGI KEMUNCULAN KOLEKSI MUSIM PANAS 2022.
Diilhamkan oleh warna dan atmosfera musim panas yang hangat mengekspresikan kunci utama visual Prada yang bernada pop kontemporari. Ruang dalam butik Prada Pavilion KL dan paparan tingkap yang bertindak balas terhadap cahaya, bergema dengan energi yang istimewa.
Jaluran warna yang menghiasi ruang dalam turut ditampilkan pada koleksi pakaian yang serba eksklusif, memberikan suntikan tenaga pada deretan kemeja sutera, jaket parka, baju polo T dan celana pendek bersifat santai. Warna yang sama diulang pada aksesori seperti topi berjalur yang diperbuat daripada material rafia dan yang klasik iaitu nilon.
Beg Prada Triangle yang dijadikan fokus aksesori musim ini, dimunculkan dalam material kulit dan rafia-memberikan satu lagi item ikonik dari Prada.
ADIDAS X GUCCI
PERTAMA KALI DIPERSEMBAHKAN SEWAKTU PERTUJUKAN FESYEN GUCCI EXQUISITE, ‘REVEAL’ SELANJUTNYA DALAM VISUAL KEMPEN BAHARU MENJELANG PELANCARANNYA JUN INI.
Direka oleh Pengarah Kreatif Gucci, Alessandro Michele, adidas x Gucci menggabungkan identiti rekaan Gucci bersama jenama sukan ikonik Adidas. Koleksi ini menaruhkan pakaian jalanan bersifat sartorial yang muncul sewaktu pertunjukan fesyen Gucci dengan spektrum rekaan berinspirasikan kesukanan. Kontra dengan estetika kaleidoskopik yang sama dalam persembahan.
Dalam koleksi adidas x Gucci, adidas Trefoil dan tiga jalur, yang mana kedua-duanya akrab dengan pakaian jalanan, bercampur dengan kanvas monogram G, Horsebit, Web dan GG yang bersilang, merentas koleksi aksesori dan pakaian sedia pakai.
Untuk koleksi sedia pakai, rekaannya mengimbas kembali siluet pakaian sukan retro dalam pelbagai fabrik seperti poliester, kapas dan viscose. Fabrik yang digunakan adalah lestari, seiring dengan projek hijau kedua-dua jenama berikut. Rangkaian baju dan seluar memainkan permainan kontras antara Tiga Jalur adidas putih dan Web Gucci merah dan hijau, dan pada satu bahagian yang menampilan signatur adidas dan satu lagi menampilkan lambang jenama yang lain.
Pakaian sukan, tema utama dalam koleksi dan kemeja boling untuk lelaki, semuanya direka untuk digabung atau dipadankan. Kemeja polo dan jaket sweater pula membawa rentak yang lebih sofistikated pada pemilihan, manakala cetakan berwarna-warni dan bertenaga dengan adidas Trefoil dan Interlocking G dipaparkan dalam pelbagai gaya. Baju T grafik dalam material kapas menampilkan adidas Trefoil yang digariskan dengan huruf “Gucci”.
Pilihan kasut pula, adidas Gazelle dalam olahan baharu yang lebih segar dan memikat warnanya dihadirkan untuk lelaki dan wanita.
Artikel berkaitan: TOMMY HILFIGER KOMITED KEPADA KELESTARIAN, UMUM KERJASAMA BERSAMA SHAWN MENDES
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.





















