Skip to content

TOMMY HILFIGER KOMITED KEPADA KELESTARIAN, UMUM KERJASAMA BERSAMA SHAWN MENDES

Kongsikan artikel ini

TOMMY HILFIGER TERUS KOMITED DENGAN USAHA TERHADAP KELESTARIAN DALAM FESYEN. DENGAN ITU, MELANTIK PENYANYI TERKENAL SHAWN MENDES UNTUK PROJEK ‘PLAY IT FORWARD’ DAN KEMPEN FESYEN ‘CLASSICS REBORN’. 

Tommy Hilfiger teruja untuk mengumumkan kerjasama bersama shawn mendes untuk projek “Play it Forward”. Membina visi bersama untuk masa depan yang lebih baik. Kerjasama ini bermula dengan Shawn Mendes sebagai wajah kempen global musim panas 2022, “Classics Reborn” yang menampilkan koleksi yang dibuat sepenuhnya daripada bahan yang lebih mampan. 

Tambahan lagi, sepanjang konsert jelajah Wonder: The World Tour yang akan datang, Shawn Mendes akan menyarung koleksi Tommy Hilfiger, yang direka khas untuknya, di samping itu Tommy Hilfiger akan menderma AS$1 juta sebagai usaha untuk mengurangkan dan mengimbangi impak persekitaran konsert jelajah tersebut. 

Kerjasama ini akan diteruskan lagi dengan koleksi kapsul hasil kreativiti bersama, yang dilancarkan untuk koleksi musim bunga 2023. Mendefinisikan semula gaya klasik dengan lebih mampan melalui inovasi bahan kitar semula dan baharu serta amalan reka bentuk circular. 

“Shawn bukan sahaja seorang pemuzik berbakat-dia juga mewakili generasi baharu Futuremakers yang memahami kepentingan untuk bertindak,” kata Tommy Hilfiger. Dengan kerjasama bersama Shawn, jenama Tommy Hilfiger boleh membina apa yang telah mereka kecapi dan membawa perjalanan kelestarian ke peringkat seterusnya. 

Selaras dengan perlantikan ini, kempen TOMMY HILFIGER “Classics Reborn” dilancarkan yang dirakam oleh Craig McDean. Menampilkan gaya Shawn Mendes dalam koleksi 1985 Program, seperti kemeja polo T ikonik 1985 yang diperbuat daripada kapas organik. Shawn juga memakai seluar denim yang lebih lestari yang dihaislkan menggunakan 20% kapas kitar semula pasca pengguna dan memerlukan air dan tenaga yang kurang semasa peringkat kemasannya. Penampilannya dilengkapi dengan rekaan vintaj TOMMY HILFIGER yang dipilih untuk menggamit gaya klasik. 

Artikel berkaitan: SANTAI BERGAYA, MICHAEL KORS & ELLESSE BERSATU

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
KIT WOO KLFW 2026: EKSPLORASI FALSAFAH "NOTHING IS FINISHED"

KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”

Bacaan Lanjut

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Bacaan Lanjut
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut