J.W ANDERSON DAN UNIQLO BERKOLABERASI
Jonathan Anderson merupakan pereka fesyen terbaru yang dijemput oleh jenama fesyen terbesar Jepun Uniqlo untuk bekerjasama menghasilkan magic seperti yang pernah dilakukan oleh Carine Roitfeld, Jil Sander, Christophe Lemaire, dan juga Inès de la Fressange. Dengan kolaborasi sebegini dan stail timeless Uniqlo yang unik, jenama fesyen ini mampu melonjakkan namanya jauh daripada label fast fashion.

Anderson akan mereka satu koleksi kapsul dengan sentuhan tradisi British Isles untuk pakaian lelaki dan wanita Uniqlo. Koleksi ini dijangka akan berada di pasaran menjelang musim luruh 2017. Anderson juga merupakan pengarah kreatif untuk jenamanya sendiri dan juga Loewe.
“Kolaborasi adalah sangat penting dalam rekaan. Apabila saya fikirkan Uniqlo, saya membayangkan benda-benda yang dihasilkan dengan sempurna, yang orang sudah meluangkan banyak masa untuk menghasilkannya; ianya tugas yang sukar, dan saya rasa Uniqlo melaksanakannya dengan sangat baik,” terang Anderson dalam satu kenyataan.

“Bekerjasama dengan Uniqlo mungkin merupakan landasan paling demokratik dalam dunia fesyen, dana saya berasa gembira rekaan saya boleh dibeli oleh sesiapa sahaja, tidak mengira taraf.”
Lima tahun yang lalu, Anderson pernah berkolaborasi dengan Topshop untuk menghasilkan koleksi aksesori dan pakaian wanita dan koleksi tersebut laris dijual dalam sekelip mata. Wow us, Anderson.
Sumber: GLAM Malaysia
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
HUDSON WILLIAMS X BVLGARI, WAJAH BAHARU, STATUS BERBEZA
Hudson Williams bergandingan dengan Bvlgari, membawa gaya lelaki moden, sentuhan mewah dan pengaruh baharu dalam dunia fesyen antarabangsa.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.
FACE CARD NEVER DECLINES, MODEL LELAKI YANG SENTIASA ON POINT
Kenali 5 model lelaki yang sentiasa mencuri perhatian menerusi wajah menawan, gaya tersendiri dan karisma yang menyerlah dalam dunia fesyen.
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
REKAAN LOKAL, GAYA GLOBAL: JENAMA BAG TO CHECK OUT
Cari beg tempatan yang bergaya? Kenali 5 jenama bag Malaysia dengan rekaan unik dan moden yang wajib masuk dalam senarai anda.











