Skip to content

PIETRO BOSELLI X BENCH/BODY’S 2017

Kongsikan artikel ini

Guru matematik terkacak di dunia, siapa lagi kalau bukan Pietro Boselli mulai dikenali dan semakin mendapat tempat di hati khususnya jenama-jenama pakaian lelaki terkemuka dunia. Dengan pakej sempurna seorang lelaki Alpha, Pietro kini dilamar pula untuk menjadi wajah ekslusif kempen seluar dalam untuk jenama BENCH/Body untuk tahun 2017.

Model yang berasal dari Itali ini mulai terkenal apabila gambarnya mengajar di sebuah sekolah menengah mulai tersebar dan seterusnya diberi julukan ‘World Hottest Math Teacher’. Semenjak dari itu, Piatro mulai menerima tawaran tiada henti yang inginkan beliau untuk menjadi model dan duta untuk pelbagai kempen.

Untuk kempen ini, Pietro dilihat menayangkan susuk tubuh badannya yang hampir sempurna, di mana aksinya dirakam oleh jurugambar berpengalaman Wong Sim. Pietro sebelum ini cukup serasi dengan kempen-kempen seluar dalam di mana beliau pernah memperagakan untuk kempen seperti Charlie Classics, Emporio Armani dan banyak lagi.

Saksikan video eksklusif kempen yang dibintangi Pietro menunjukkan persediaanya melakukan senaman sebelum memulakan pengambaran.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 30 Mac 2017

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN

Bacaan Lanjut

DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut