Gaya Aktor di Anugerah Skrin 2016
Barisan aktor dan personaliti yang hadir ke Anugerah Skrin 2016 tahun ini nampaknya makin bijak bergaya dan memilih persalinan yang menyerlahkan persona diri masing-masing. Lebih mengagumkan kini mereka lebih cenderung mendapatkan khidmat pereka tempatan dalam menghasilkan sut buat acara penganugerahan berprestij sebegini.
Tahun ini nampaknya ramai yang mendapatkan khidmat dari Rizman Ruzaini yang kini sudah mula diberi kepercayaan oleh ramai bintang untuk menghasilkan sut yang kemas dan kreatif dengan kepelbagaian fabriknya. Antara mereka yang menyarung rekaan Rizman Ruzaini adalah Nazim Othman, Daler Yusuf dan Mathni Razak.
Shaheizy Sam pula tampil dengan gayanya yang tersendiri dalam jaket biru dari label kegemarannya Lord’s Tailor. Jejaka yang menjadi tumpuan industri dan sepanjang malam di ASK, Fattah Amin memilih sut dari labelnya sendiri Far8byAteliaAmani.
Sut dari Bon Zainal juga menjadi pilihan pengacara ASK Alif Satar yang mengendalikan malam penganugerahan secara solo ala hos Oscar. Begitu juga Fezrul Khan yang segak kemas dalam persalinan Bon Zainal. Zizan Razak pula setia dengan sut kelabu rekaan Fairuz Ramdan.
Farid Kamil dan Zahiril Adzim masing-masing tampil segak dalam sut melengkapi gaya disamping isteri masing-masing yang turut hadir dalam busana indah. Personaliti komedi dan ramai aktor baru nampaknya memberikan perhatian dalam penampilan mereka dan muncul dalam sut masing-masing yang bersesuaian dengan acara. Pemenang Aktor Drama Terbaik, Beto Kushairy tampil dalam persalinan bak pahlawan Melayu yang punya daya tarikan tersendiri.
Namun ada juga yang kurang peka dengan tema formal majlis sebegini dan memilih tampil dengan gaya kasual. Lihat himpunan GLAM Lelaki di bawah untuk gaya pilihan anda.
https://www.instagram.com/p/BM_RLZqBFlv/?tagged=ask2016
https://www.instagram.com/p/BM_JLT8gYAb/?tagged=ask2016
https://www.instagram.com/p/BM9Dkv5jWf_/?taken-by=shaheizy_sam
https://www.instagram.com/p/BM-ysqgj3hl/?tagged=ask2016
https://www.instagram.com/p/BM-ow9LDL1y/?tagged=ask2016
https://www.instagram.com/p/BM9aZDvhy5O/?tagged=menggapaiimpian
https://www.instagram.com/p/BM9Z3J2hxxB/?tagged=menggapaiimpian
https://www.instagram.com/p/BM9PkBYhWpm/?tagged=menggapaiimpian
https://www.instagram.com/p/BM9GjJRAsYt/?tagged=menggapaiimpian
https://www.instagram.com/p/BM9DMp_Bu-b/?tagged=menggapaiimpian
https://www.instagram.com/p/BM89Iv-DYIC/?taken-by=fezrulkhan
https://www.instagram.com/p/BM85fQ7D0DK/?tagged=menggapaiimpian
https://www.instagram.com/p/BM-IaRaAsQo/?tagged=alifsatar
https://www.instagram.com/p/BM_xTQkgK48/?tagged=zizanrazak
https://www.instagram.com/p/BM88zu6BGM_/?taken-by=rajaafiqqofficial
https://www.instagram.com/p/BM-SsTmh3C6/?taken-by=saharulridzwan
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.











