Skip to content

Blue Pongtiwat

4 GAYA FESYEN BLUE PONGTIWAT PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Bintang Thailand terkenal, Blue Pongtiwat akan membuat penampilan istimewa pada 24 May ini untuk meraikan pelancaran butik Prada di The Exchange TRX. Blue Pongtiwat yang merupakan pelakon Thailand yang kini hangat menjadi bualan ramai juga sering dilihat dengan gaya fesyennya yang versatil. 

Blue Pongtiwat dikenali dengan kebolehannya mengenakan outfit yang formal dan santai. Dari pakaian yang berwarna-warni hingga corak yang menarik, Blue tidak takut untuk mengekspresikan diri melalui busana pilihannya.

Pendekatannya untuk bereksperimen dengan menggabungkan pelbagai corak dan rona telah menghasilkan penampilan yang bukan sahaja unik tetapi juga dinamik. Tidak hairanlah, Blue sering dijadikan inspirasi oleh individu-individu yang ingin tampil berbeza dan menonjol di khalayak ramai.

INI IALAH 4 GAYA FESYEN BLUE PONGTIWAT PILIHAN GLAM LELAKI

Mari kita lihat 4 gaya terbaik Blue Pongtiwat pilihan GLAM Lelaki yang menjadi inspirasi buat generasi kini untuk berfesyen.

1. KASUAL DAN KLASIK

Blue Pongtiwat membuktikan gaya yang minimal juga boleh kelihatan stylish. Bermula dengan menggayakan sweatshirt yang berwarna hitam, dilapisi t-shirt putih di dalam, dipadankan pula bersama jorts dan Birkenstock Boston Soft Footbed. Gaya ini sememangnya mementingkan keselesaan dalam berfesyen.

2. URBAN GENTLEMAN

Ramai yang mungkin tidak tahu, kita boleh memadankan oversized blazer dengan pelbagai cara untuk tampak lebih bergaya. Bermula dengan menggabung rona-rona yang berani atau memadankan sesuatu yang berbeza untuk keluar daripada zon selesa dalam berfesyen. Kita dapat lihat, Blue memilih untuk menggabung kedua-dua ciri ini dengan memadankan rona kelabu dan biru. Tambahan pula, dipadankan dengan seluar pendek juga tidak kalah berani, saat dia menyandingkan penampilannya dengan sniker yang santai.

3. LESS IS MORE

Yes, less is more. Blue sering memastikan penampilannya segak dan rapi walaupun dalam gaya yang kasual. Ia memberikan sentuhan unik dan menarik pada setiap penampilan yang dipadankannya. Kreativitinya memastikan setiap pakaian yang dikenakan bukan sahaja kelihatan menarik tetapi juga memberikan keselesaan sepanjang hari.

4. RUGGED

Selain itu, Blue juga amat mementingkan butiran halus dalam setiap pakaian yang dipilihnya termasuk aksesori untuk melengkapkan gaya keseluruhannya. Pendekatan ini tidak hanya meningkatkan penampilan luarannya tetapi juga memberikan kepuasan dalaman. Ini kerana setiap pakaian yang dipakai mencerminkan dedikasinya terhadap gaya penampilan yang selari dengan tren terkini.

Baca lebih lanjut: 5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Descente TRX

DESCENTE BUKA STOR PERTAMA DI ASIA TENGGARA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Salomon Malaysia

SALOMON BUKA STOR PERTAMA MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM

Bacaan Lanjut

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
Uniqlo trx

APA YANG MENARIK DI STOR UNIQLO TERBESAR MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX?

Bacaan Lanjut