GAYA KARPET MERAH TERBAIK ANUGERAH GRAMMY 2024
Dalam banyak-banyak majlis anugerah, Grammy cenderung menampilkan gaya karpet merah paling menyeronokkan.
Ternyata tahun 2024 juga tidak mengecewakan. Permaidani merah Anugerah Grammy ke-66 yang berlangsung di Crypto.com, Los Angeles meriah dengan persalinan glamor dan berkilauan. Daripada gaun jumbai Dua Lipa kepada busana pin Miley Cyrus yang menyerlahkan sebahagian besar kulitnya.
Gaya selebriti lelaki juga tidak kurang hebatnya. Masing-masing tampil segak dalam persalinan segak yang disuntik dengan eleman segar lagi menyeronokkan.
Lihat stail selebriti terbaik di Anugerah Grammy tahun ini
Maluma memilih tuksedo santai daripada Dolce & Gabbana yang dipadankan dengan cermin mata hitam dan jam tangan Jacob & Co.
Lenny Kravitz tampil berani dalam kemeja jarang rekaan Rick Owens bersama padanan bolero kulit dan celana hitam Chrome Hearts.
Jon Batiste menampilkan kelainan di karpet merah Anugerah Grammy dengan menyarung skirt-seluar bersama jaket sedondon Versace.
Kemeja bertali leher dan jaket dengan lapel satin John Legend menjadi salah satu persalinan tuksedo yang paling mencuri perhatian malam itu.
Jacob Collier mencerminkan maximalism dalam sut bercorak patchwork yang dipadankan dengan baju turtleneck merah jambu.
Lionel Richie segak dalam sut serba hitam daripada Alexander McQueen yang sarat perincian kristal berbentuk pepatung.
Kingsley Ben-Adir menampilkan gaya segar dalam jaket bomber hijau zaitun dan celana hitam daripada Gucci.
Calvin Harris kelihatan bergaya dalam sut retro rona coklat yang diilhamkan dari tahun 70-an.
Ed Sheeran tampil kasual dalam persalinan cetakan camo abstrak.
Taylor Swift anggun dalam gaun putih Schiaparelli Haute Couture yang dipadankan bersama sarung tangan opera dan sepatu rona hitam.
Miley Cyrus tampil serba emas dalam rekaan Maison Margiela yang dihasilkan daripada 14,000 pin baju.
Olivia Rodrigo menyalurkan tema Old Hollywood glamor dalam gaun putih Versace daripada koleksi Musim Bunga 1995.
Ice Spice mengaburkan garis kasual dan couture dalam jaket denim berperincian bulu dan skirt sedondon daripada Baby Phat.
Dua Lipa memukau dalam gaun perak Courrèges yang dipadankan bersama kalung Tiffany & Co. berbentuk ikan koi.
Janelle Monae menyarung gaun sarat labuci Armani Privè dengan perincian ros di pinggang.
Victoria Monet menjayakan trend metalik pada malam Anugerah Grammy 2024 dengan gaun korset rona gangsa rekaan Atelier Versace.
Mariah Carey tampil mempesona dalam gaun sarat manik dengan belah seksi daripada Laura Basci.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: FESYEN SELEBRITI DI KARPET MERAH EMMY AWARDS 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 YANG SEGAK DI INDEPENDENT SPIRIT AWARDS 2024
Berbeza dengan majlis anugerah berprestij lain, Independent Spirit Awards menampilkan kod pakaian lebih chic dan santai saban tahun.
GAYA KARPET MERAH SAG AWARDS 2024
SAG Awards tahun ini menyaksikan kemunculan selebriti dalam persalinan memukau mata daripada pereka ternama.
FESYEN BERPASANGAN TERBAIK DI ANUGERAH GRAMMY 2024
Anugerah Grammy tahun ini menyaksikan kemunculan pasangan selebriti dalam persalinan memukau mata daripada pereka ternama.
FESYEN SELEBRITI DI KARPET MERAH EMMY AWARDS 2023
Tinjau gaya barisan bintang kelas-A Hollywood yang mencuri perhatian di permaidani merah Emmy Awards ke-75.
ANUGERAH GRAMMY 2024: SENARAI ARTIS BERBAKAT BESAR YANG TERCALON
Acara muzik terbesar semakin menghampiri dan senarai pencalonan Anugerah Grammy 2024 telah pun diumumkan baru-baru ini.
6 GAYA KARPET MERAH PASANGAN SELEBRITI YANG PALING DIINGATI
Daya tarikan pasangan selebriti adalah fenomena yang tiada tolok bandingannya terutama di karpet merah acara hiburan.