10 YANG SEGAK DI INDEPENDENT SPIRIT AWARDS 2024
Musim anugerah 2023 kini berada di penghujung selepas berlangsungnya Golden Globes, BAFTA Film Awards dan SAG Awards. Menyertai senarai adalah Independent Spirit Awards.
Beberapa hari sebelum anugerah Oscar penuh glamor, berlangsungnya Independent Spirit Awards ke-39 pada 26 Februari di Santa Monica, California. Buat kali kedua majlis anugerah ini distrim secara langsung di saluran YouTube IMDb dan Film Independent.
Dihoskan oleh aktres dan pelawak Aidy Bryant, anugerah ini memberi penghormatan kepada drama televisyen dan filem bebas terbaik untuk tahun 2023. Past Lives dinobat sebagai Filem Terbaik manakala Beef membawa pulang trofi Siri Skrip Baru Terbaik.
Sama seperti majlis anugerah lain, acara paling mencuri perhatian tentunya kemunculan selebriti di karpet merah. Independent Spirit Awards menampilkan kod pakaian lebih santai berbanding majlis anugerah lain. Bagaimanapun ia tidak pernah gagal menyajikan momen fesyen inventif.
Tahun 2023 menyaksikan para selebriti tampil dalam persalinan relaks dan menyeronokkan di karpet merah. Antara yang menjadi pilihan adalah sut santai, jumpsut, busana dua helai dan stokin.
Lihat pula gaya bintang di Independent Spirit Awards tahun ini
Colman Domingo segak dalam Versace.
James Marsden menyarung persalinan hitam-kelabu.
Taylor Zakhar Perez menyarung Alexander McQueen.
Dominic Sessa menggayakan Saint Laurent.
Steven Yeun memilih tema hitam-hijau pudina.
Charles Melton dalam sut Louis Vuitton.
Andrew Scott menyarung Etro.
Sterling K. Brown menyerlah dalam sut jingga.
Jeffrey Wright dalam sut serba hitam.
Teo Yoo tampan dalam persalinan biru.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: FESYEN BERPASANGAN TERBAIK DI SAG AWARDS 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 PASANGAN ROMANTIS YANG MENYERIKAN ANUGERAH GRAMMY 2025
Permaidani merah Anugerah Grammy ke-67 menyaksikan kehadiran pasangan kelas-A dalam persalinan memukau mata.
FESYEN TERHANGAT DI KARPET MERAH ANUGERAH GRAMMY 2025
Dalam banyak-banyak anugerah, Grammy cenderung menampilkan gaya karpet merah paling menyeronokkan. Tahun ini juga tidak mengecewakan.
STAIL BINTANG BRIDGET JONES: MAD ABOUT THE BOY DI ACARA TAYANGAN PERDANA
Tinjau penampilan pelakon Bridget Jones: Mad About The Boy di acara karpet merah yang berlangsung di Paris.
MOMEN FESYEN SELEBRITI DI SUNDANCE FILM FESTIVAL 2025
Acara filem bebas yang ditunggu-tunggu, Sundance Film Festival kembali pada tahun ini bermula dari 23 Januari hingga 2 Februari.
GAYA TIMOTHEE CHALAMET & BINTANG A COMPLETE UNKNOWN DI ACARA TAYANGAN PERDANA
Hollywood Dolby Theatre, Los Angeles hangat dengan kehadiran barisan pelakon untuk tayangan filem biopik A Complete Unknown.
GAYA MENSWEAR TERBAIK DI THE FASHION AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
Tinjau gaya segak selebriti yang mencuri perhatian di The Fashion Awards 2024 bertempat di Royal Albert Hall London.