FESYEN BERPASANGAN TERBAIK DI SAG AWARDS 2024
SAG Awards ke-30 yang berlangsung pada 25 Januari di Shrine Auditorium and Expo Hall di Los Angeles, California diserikan dengan kehadiran bintang terkenal.
Anugerah berprestij ini memberi penghormatan kepada persembahan filem dan rancangan televisyen terbaik sepanjang tahun 2023. Acara paling mencuri perhatian tentunya kemunculan ikonik bintang Hollywood di karpet merah.
SAG Awards tahun ini menyaksikan selebriti hadir dalam persalinan memukau mata daripada pereka ternama. Anne Hathaway, Selena Gomez dan Emma Stone kelihatan anggun dalam gaun feminin menawan. Barisan selebriti lelaki yang tampil segak termasuk Glen Powell, Taylor Zakhar Perez dan Jeremy Allen White.
Lihat pula gaya pasangan selebriti yang mencuri perhatian di SAG Awards
Pasangan suami isteri ini memilih tema hitam-merah jambu, sama seperti di Golden Globes 2024. Margot Robbie manis dalam gaun mini Schiaparelli berinspirasikan Barbie. Tom Ackerley pula tampil kasual dalam kemeja-T yang dipadankan bersama sut serba hitam.
America Ferrera tampil anggun bak puteri dalam gaun Dior di samping Prince Charming, Ryan Piers Williams. Sedondon berbusana hitam, Ryan memilih sut tiga helai bersama tali leher sepadan.
Pasangan pengantin baru ini terus mencipta gaya statement di majlis anugerah. Naomi Watts menggayakan gaun separa jarang dengan perhiasan flora manakala Billy Crudup segak dalam sut biru gelap.
Brendan Fraser dan teman wanita, Jeanne Mooren tampil sedondon dalam persalinan bertemakan biru.
Pasangan ini kembali memeriah karpet merah majlis anugerah setelah sekian lama menyepi. Penampilan Adam Brody dan Leighton Meester ringkas namun sleek di SAG Awards 2024.
Robert Downey Jr dan isterinya, Susan sedondon dalam persalinan rona kelabu bersama sentuhan jingga. Aktor berusia 59 tahun ini membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Filem Tebaik menerusi biopik Oppenheimer.
Ciara dan Russell Wilson mencuri perhatian di karpet merah dalam gaun korset rona coklat dan tuksedo serba hitam.
Foto: Getty Images/FilmMagic
Pautan berkaitan: GAYA KARPET MERAH SAG AWARDS 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?
Bekas pasangan kekasih ini dilihat menghadiri perlawanan akhir Copa America antara Argentina dan Colombia pada 14 Julai lalu di Miami, Florida.
5 SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIH WANITA BERUSIA SEBAGAI ISTERI
Kita biasa melihat selebriti lelaki memilih pasangan lebih muda, namun senario sebaliknya kini semakin diterima dan menjadi ikutan di Hollywood.
10 GAYA TERBAIK BINTANG HOLLYWOOD DI BET AWARDS 2024
Anugerah khas buat artis berkulit hitam ini berlangsung meriah dengan kehadiran selebriti dan nama-nama besar dalam industri.
FESYEN LELAKI TERBAIK DI KARPET MERAH TONY AWARDS 2024
Karpet merah menyaksikan momen fesyen terhebat bintang Hollywood dalam persalinan segak dan bergaya.
SHILOH GUGUR NAMA BAPA, INI RESPONS BRAD PITT
Anak sulung Brad Pitt dan Angelina Jolie, Shiloh mengambil satu langkah ke hadapan untuk menjauhkan diri daripada bapanya.
KENALI ISTERI KELIMA & EMPAT LAGI BEKAS SURI HATI RUPERT MURDOCH
Taikun media asal Australia, Rupert Murdoch menamatkan zaman duda dengan wanita pilihan hatinya pada usia 93 tahun.